|
Pengalaman sewaktu bekerja selepas SPM
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan salam satu malaysia!
Now, tengah pening kepala sekarang ni. Mana taknya, baju tak kemas lagi untuk dibawa ke hostel. Maklumlah, tak lama lagi dah nak sambung study kat kuala lumpur. 1 hari bulan 6 dah kena daftar. Hmm, saya rasa terlalu cepat sangat bila dapat tawaran sambung study. Why? Member-member lain duduk relax je sekarang ni, haha. Bila saya dah sambung study, maybe saya dah tak ada masa nak update entri terbaru nanti.
Dah sibuk study, mana ada masa nak update itu ini. And buat masa sekarang ni, nak fokuskan dulu study. Hihi, fokuslah sangat kan? Haha. Dalam pada saya sibuk nak buat prepare barang untuk study, kadang-kadang saya rasa sedih pula. Hmm, sedih sangat nak tinggalkan alam pekerjaan. Kenapa saya sedih? Hmm, baca entri ni sampai habis ye :')
Habis je kertas exam ekonomi asas SPM 2012, bermulalah saya 'merdeka'. Maklumlah, budak dah habis spm, semua nak enjoy dah. Time tu masing-masing sibuk duduk cari nak kerja di mana. Ramai juga member yang tanya, "Weyh, tak nak kerja ke?" "Entahlah, aku maybe pergi PLKN bulan 1 ni". Tunggu punya tunggu, tak dapat PLKN intake 1. Memang sedihlah juga kan? Tapi apakan daya, terpaksalah tunggu PLKN intake 2.
Time tu, saya duduk rumah, makan dan tidur. Sampai mak saya pun kadang-kadang marah. Sampai satu hari tu, anak kawan ayah saya dah nak resign tempat kerja dia. Anak kawan ayah saya tu tanyalah saya samada nak tak kerja situ memandangkan cuti sekolah dah nak habis. Dia pun nak masuk sekolah balik. Time tu, saya tengah demam, selesema. Dalam pada masa yang sama, saya malas nak kerja.
Tapi atas desakan mak saya, saya pun terimalah kerja di situ. Itu pun pada mulanya saya rasa saya tak dapat kerja situ. Tapi... Hmm, akhirnya dapat juga. Kemalasan dalam diri makin lama makin tinggi, haha. Start 1/1/13 saya kena bekerja. Tipulah sebelum saya kerja tu, tak ada perasaan takut dalam diri. Masuk je tempat kerja situ, masih lagi segan silu dengan staf situ. Padahal kebanyakkan staf situ lebih kurang sebaya dengan saya.
Lagipun, saya ni jenis yang pendiam dan tak banyak cakap sangat. Firts masuk kerja, saya start belajar buat roti. Best memang best, tapi penat. Biasalah tu, mula-mula kerja macam itulah. Kadang-kadang, ada juga abang tu marah sebab terlupa step setiap jenis roti. Saya pun apa lagi, ambil satu kertas lukis step by step setiap jenis roti. Sebelum nak pergi kerja, keluarkan kertas tu, hafal step by step. Haha.
Kadang-kadang, bila teringatkan balik peristiwa tu rasa macam kelakar. Dah lebih kurang 2 minggu tu, saya dah hafal step by step setiap jenis roti. Tapi bentuk roti tu tak berapa nak lawa sangatlah, haha. Sampai hujung bulan 1, saya pernah kata kat mak saya, "Mak, kak yong nak berhentilah. Penatlah kerja situ" "Alaa, kerjalah sampai bulan 3, lepas tu nak berhenti, berhentilah." "Kak yong kerja sampai bulan2 je je mak"
Time tu mak saya dah geleng kepala tengok saya. Mana taknya saya kata nak berhenti. Hampir satu bulan saya menangis disebabkan..... Hmm, entahlah. Tapi saya terpaksa tahanlah juga kerja di situ. Bila saya dah lama kerja di situ selama 3 bulan, saya dengan member saya bersepakat nak resign hujung bulan 4. Haha, pening manager kitaorang. Jenuh manager pujuk janganlah resign.
Kitaorang hantar surat resign serentak pada hari yang sama. Time tu, saya rasa tak sedap hati bila dah hantar surat resign. Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba, saya kata kat manager, "Saya tak jadi nak resignlah. Saya nak kerja situ balik boleh?" "Boleh boleh, kalau nak kerja situ selamalamanya pun boleh". Haha, buat lawak buat manager saya tu.
Member kerja saya tetap juga nak resign hujung bulan 4. Katanya, "Sorry, aku dah tak tahan dah. Terpaksa resign ni". Hmm, kebanyakkan siapa yang kerja situ, mesti tak kekal lama. Setiap bulan, mesti ada je staf baru masuk. Disebabkan member saya dah resign, saya terpaksa ajar staf baru semua. Hmm, kadang-kadang sedih juga sebab member dah tak ada situ. Tapi nak buat macam manakan?
Tiba-tiba, satu hari saya dapat surat tawaran belajar. Saya call manager kata nak resign. Hmm, manager marah saya balik. Saya tetap nak resign juga. Akhirnya, manager saya bagi resign juga. Dia tak bagi resign sebab staf baru masuk dan semua tak tahu apa. Tapi apa saya boleh buat kan? Saya terpaksalah. And now, saya prepare barang untuk study. Dengan perasaan sedih, hmm :'(
*saya rindu gila time bekerja ni :'(
Kadang-kadang tu, saya suka mengila kat tempat kerja. Mana taknya, saya suka buat bising dengan staf baru. Nasib baik kepala mereka sekepala dengan saya, haha. Kat tempat kerja situ, saya yang paling kecoh. Paling banyak cakap, bising. Sebut je nama zati, semua staf kenal kat situ, haha. Kadang-kadang, saya suka bergurau senda dengan mereka. Dan kadang-kadang, saya suka mengusik mereka. Haha .
But now, saya harus fikirkan masa depan saya. Arah tuju saya. Dan bagi saya, kenangan sewaktu bekerja selepas SPM adalah kenangan manis dan pahit. Masa itu emas. Dan masa itu tidak boleh diputarkan kembali. Hargailah masa itu selagi ada :') Doakan saya agar saya berjaya pada masa hadapan. Amin :') Saya pergi sambung study dulu. Assalamualaikum :')
![]() Khamis, 30 Mei 2013 @ 10:27 PG |
2 Sweet Comment(s)
Sambung Study
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia!
Sejak menjak ini, saya terlampau sibuk sangat. Hmm, nak update entri yang terbaru pun payah dah sekarang ni. Maklumlah, tuan punya badan blog ni asyik sibuk dengan masa kerjanya. Tambah-tambah lagi tengah memikirkan mana nak pergi lepas ni selepas habis SPM. Takkan saya nak kerja je kot? Hmm, mustahil saya nak kerja je. Saya pun nak juga sambung belajar sama dengan teman lain.
Bercakap pasal sambung belajar ni, pada 25/5/13 yang lalu, saya dapat tawaran temuduga. Pada mulanya, saya agak malas juga nak pergi temuduga. Tapi atas desakan mak saya, saya pun ikutlah kata mak saya. Saya pun tak prepare langsung salinan dokumen semua tu sampai saya kena marah. Atas paksaan, semua tak prepare. Last-last kena marah. Hmm.
Pada hari berkenaan tersebut, saya mula terpikir apa yang nak mereka interview semua tu. Manalah tahu kot abang-abang dan kakak-kakak tu tanya, "Siapa nama sultan perak pada masa sekarang ni?" Habislah kalau tak tahu nanti. Haha. Tapi saya tak pikir semua tu sebab dalam hati saya kata, "Ah! Confirm aku tak dapat ni. Pergi suka-suka je ni". Dalam pada masa yang sama, ada juga timbul perasaan takut. Hmm.
Sesudah tiba di tempat interview itu, selangkah demi selangkah saya menaiki tangga. Hati mula gemuruh tetapi saya ketepikan perasaan itu. "Ah! Confirmlah tak dapat!", kata hati bagi menenangkan hati. Masuk ke tempat interview, daftar nama then pergi ke tempat yang diarahkan orang abang handsome tu. Eh! Haha.
Abang handsome tu mulalah kenalkan diri dia. Dalam hati, "Handsome gila abang tu!". Mengatal sudah bila berada di situ, haha. Dengan perasaan yang takut, abang handsome tu tanya, "Adik nak ambil course apa ye? Maksudnya, adik minat apa?". "Ouh, kalau boleh saya nak ambil course farmasi". "Ouh, farmasi ye? Kejap, abang tengok result dulu. Hmm, kalau ikutkan result ni, adik layak ambil course farmasi".
Time tu, hanya Allah je tahu betapa gembiranya abang handsome tu kata layak ambil bidang farmasi. Belajar just 3 tahun sahaja. 1 tahun lagi pergi praktikal kat hospital kerajaan. Hostel percuma, tak payah bayar. Peluang ini, takkan saya nak tolak. Sayang pula nak tolak sebab kolej itu diiktirafkan oleh kerajaan. "Adik nak ke masuk ni?". Saya pun mula berpikir habis-habisan dan sebaik-baiknya.
Last sekali, "Okaylah, saya terimalah". Dalam hati, "Ya Allah, betul ke apa aku buat ni? Aku harap kali ni aku dapat buat keputusan yang betul". Sebelum nak balik ke rumah, abang handsome tu siap lagi pesan, "Adik, janji dengan abang dapatkan 3.5 ke atas tau". Itulah pesanan abang handsome bagi kat saya. Oh my! Terharunya bila ada orang bagi semangat, haha. Abang handsome pula tu.
Bila dah dapat tawaran tu, call manager nak resign 29 May ni. Sangkanya dia kata, "okay". Tapi, "Ezzati, kenapa macam ni? Saya dah susun jadual dah". "Miss siew, saya terpaksa resign sebab nak sambung study pada 1 June ni. Saya dah tak boleh tolong miss siew dah". "Hmm, okay okaylah, esok saya datang ke outlet you. Nak buat jadual baru pula".
Hmm, susahkan bila bekerja ni? Sebenarnya tak susah, cuma bila beritahu resign mengejut tu memang sepatutnya kena marah. Tapi, nak buat macam mana kan? Kadang-kadang, saya sedih juga bila nak sambung study ni. Ye lah, saya dah happy kerja kat situ, tiba-tiba kena sambung study pula. Rasa sayang pula nak resign. Tapi apakan daya, masa depan harus diutamakan.
Dalam pada masa yang sama, saya sedih sebab ramai yang kondem saya bila saya masuk ke tempat study tu. Entahlah, ramai yang tak galakkan saya masuk ke tempat itu. "Tak payahlah pergi. Bukannya dapat kerja pun." "Dapat masuk kolej? Tak payah pergilah zati. Baik kamu pergi poli, ada juga". Hmm, poli? Saya tak minat kemahiran, sebab tu saya tak mohon/masuk.
Bila saya isi borang mana-mana universiti/kolej, saya mesti utamakan course farmasi. Kalau course farmasi tak ada dalam universiti/Kolej, secara automatiknya saya tak mohon. Hmm, bukannya tak boleh mohon lain. Tapi kalau boleh saya nak juga course farmasi. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga course farmasi :')
Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik sampai saya dapat biasiswa dan pelajar yang terbaik. Insya-Allah. Doakan saya ye? Saya start sambung study pada 1 June 2013 ni. Harap saya dapat buat yang terbaik :')
![]() Isnin, 27 Mei 2013 @ 10:47 PG |
3 Sweet Comment(s)
Tawaran Sambung Belajar
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia :)
Nak update entry terbaru kat blog ni pun dah tak ada mood. Why? Phone buat hal pula. Kejap boleh buka, kejap tak boleh buka. Asal dengan phone ni? Nak suruh aku beli baru ke? Hadoihh, boleh je. Tapi bajet tak cukup nak beli phone ni. Handphone touch screen, tapi bermasalah. Baik pakai handphone Nokia 3310 je. Lagi tahan lama, haha.
Phone dah buat hal. Duit dah 'pokai'. Macam mana ni? Mana nak cari duit ni? Kalau saya orang kaya, lama dah beli phone lain. Phone lama tu dah campak ke dalam tong sampah. Haishh, sabar je lah. Jenama apa phone yang okay sekarang ni? Samsung? Blackberry? Iphone? XperiaZ? Tolong suggestkan kejap. *berangan nak beli phone baru*
Actually, bukan nak cerita pasal handphone pun. Kali ni, nak buat entry pasal 'sambung belajar'. Bukan apa, sekarang ni pelajar SPM 2012 sibuk nak sambung study dah. Ada yang dapat form 6, matrik dan universiti. Bersemangat betul mereka tatkala dapat tawaran mana-mana. Saya? Of courselah semangat! Ada ke zaman sekarang ni yang tak nak sambung belajar?
Zaman sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak sambung belajar. Kalau tak sambung belajar, mesti orang fikir budak ni malas. Kolot. Kurang ilmu pengetahuan. Sampai macam tu sekali orang itu berfikir. Macam kawan-kawan saya. Ramai dah yang nak sambung belajar. Ada yang dapat tawaran ke universiti mahupun kolej.
Saya? Hmm, adalah dapat juga. Tapi tawaran tu semua kebanyakkannya dari swasta. Bukannya kerajaan. Kalau saya terima tawaran swasta tu, banyak kot nak keluarkan duit. Kalau saya berasal dari keluarga yang agak kaya, lama sudah saya terima tawaran itu. Saya ada juga terima tawaran. Like Kolej Pusrawi, Kolej islam sains dan teknologi dan Unisel.
Semuanya swasta right? Tapi adakah semua kolej tu terjamin masa depan? Saya takut nanti bila saya dah habis belajar di kolej, keluar nanti saya menganggur. Kalau macam tu, habis duit saya je belajar di situ. Hmm, Saya ada terbaca kelebihan dah kekurangan kolej tersebut. Tapi entahlah. Hari tu, saya ada dapat satu tawaran. Tapi tak pasti tawaran jenis apa.
"NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA BAGI MENGIKUTI SESI TEMUDUGA PROGRAM DIPLOMA KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), DIPLOMA PENGAJIAN TINGGI (IPT) & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)"
Anyone yang tahu pasal ni tak? Saya sekarang ni dilema dalam situasi ini. Samada nak pergi temuduga ke tak nak. Ada sesiapa yang tahu tak pasal ni? Saya tak pasti sebab ada kawan saya cakap kalau lulus temuduga ni, tak pasti lagi pergi ke UiTM atau ke kolej. Tapi saya rasa tawaran ni daripada kerajaan . Under universiti. Entahlah, saya tak pasti. Tolong jelaskan saya tentang notis ni. Hmm, harap ada maklum balas :')
![]() Khamis, 23 Mei 2013 @ 12:15 PG |
2 Sweet Comment(s)
Keliru
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 malaysia !
Actually baru balik dari kerja . Penat tak hilang lagi . Biasalah kerja mana ada yang senang . Satu je kerja yang senang iaitu , tidur . kan ? Haha . By the way , entri kali ni agak pelik . Eh ! ye ke pelik ? Hmm .
Jujur saya cakap . Sebenarnya bila kita dah start bekerja , diri kita jadi lebih matang dan berdikari . Contoh ? Contohnya , dulu saya memang tak suka keluar rumah , bercampur dengan orang lain . Malu katanya . Tapi bila dah start bekerja ni , rasa malu dan segan bila bercakap dengan orang tu semakin lama semakin pupus , haha . Pupus macam mana tu ? Alaa , hilanglah sikit sifat pemalu dalam diri bila bercakap dengan orang lain .
Dan secara tidak langsung , kita kena bijak cara bergaul dengan rakan sebaya dan orang yang lebih tua daripada kita . Kalau kita bercakap dengan rakan sebaya , cara cakap kita mesti macam ni , "Weyh, kau nak pergi mana?" . Bagi mereka yang cakap macam tu , standard lah bila remaja rakan sebaya bercakap . Tapi , kalau dengan orang yang lebih tua daripada kita ?
Mestilah menggunakan perkataan yang sesuai apabila hendak memanggil mereka seperti kakak atau abang . Ataupun mak cik dengan pak cik . Samalah macam situasi saya sekarang ni . Bila saya berdepan dengan customer , mesti guna perkataan yang sesuai . Ecececeh ! Mukadimah pula saya hari ni . Hihi , sorry . Terlebih excited , haha .
Minggu depan , saya tinggal seorang diri dengan staf baru . Hmm , mesti sunyi je . Ye lah , member di tempat saya bekerja tu semuanya nak resign . Mesti saya rindu mereka :'(
Lepas mereka dah resign nanti , tinggallah saya seorang diri . Nanti mesti saya rindu nak melalak nanyi dengan mereka time bekerja . Mesti rindu nak gaduh dengan mereka . Mesti rindu nak kacau atau usik mereka . Mesti rindu dengan mereka . Hmm :'( Lepas ni , saya bersama dengan staf baru je lah . Ajar mereka buat kerja itu ini . Susahlah kalau macam ni .
Sebab saya bukannya tahu pasal cashier sangat pun . Even dah 4 bulan bekerja kat situ . Actually saya seorang baker je kat situ . Tetapi memandangkan mereka semua dah nak resign , saya terpaksa ambil tahu juga pasal cashier . Nak tak nak , kena juga tahu . Nanti kalau tak tahu , jenuhlah saya nak call mereka yang dah resign ni . Eh ! haha , gurau okay :-P
Start minggu depan , saya kena bersedia untuk semua . Bersedia untuk ambil tahu pasal baker mahupun cashier . Terpaksa buat . Staf baru pula semuanya berumur 20 tahun . Okay , saya lagi muda tau . So , bermaknanya saya jadi staf yang termuda kat situ . Ecececeh ! Bangga diri sekejap :P Dan pada masa yang sama juga , saya keliru .
Baru-baru ni saya dapat surat tawaran ke form 6 . Kemasukkan form 6 pada 8 Mei 2013 . Sebelum saya dapat tawaran form 6 , saya juga ada mendapat tawaran lain seperti kolej pusrawi , unisel dan kist . Kebanyakkannya saya dapat diploma kejururawatan dan diploma farmasi . Saya terpaksa tangguhkan kemasukan bulan april ni sebab saya nak berfikir sebelum membuat keputusan .
And then , tiba-tiba saya dapat tawaran ke form 6 . Hmm , saya rasa buntu sangat . Nak masuk ke tak nak . Nak masuk ke tak nak . Member saya cakap , kalau ambil STPM , boleh dapat kerja kerajaan atar swasta kalau tak nak belajar dah . Sebab kalau tunggu tawaran universiti , harapan kita cuma 50/50 sahaja .
Sebenarnya , saya tak mengharap sangat pun dapat tawaran ke universiti awam . Sebab saya tahu tahap saya macam mana . Sebab tu saya tak mengharap sangat dapat universiti awam ni . Dan sekarang ni saya buntu nak pilih form 6 or kolej . Hmm , macam mana ni ? Boleh bagi pendapat tak ? Kepala saya buntu sangat ni . Please help me :'(
![]() Sabtu, 27 April 2013 @ 1:30 PG |
5 Sweet Comment(s)
Resign ? Oh No !
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia :)
Alhamdulillah , hari ini dapa juga meng-update blog yang telah lama berusang ini . Berusanglah sangat -_- Actually , sekarang ni bukannya malas nak buat entri baru atau cerita terkini . Bukan tak nak , tapi masa amat mencemburi saya sekarang ni . Senang cerita sekarang ni saya tengah busy bekerja even umur baru nak meningkat ke 18 tahun .
Mudakan saya ? haha , sorry perasan lebih hari ni . Kira mudalah tu sebab umur belum lagi mencapai 18 tahun . Baru 17 tahun okay ? Haha . Birthday saya lambat lagi nak datang . So , kiranya saya masih lagi budak tak matang . Okay , saya tahu itu . Kebiasaannya , budak lepasan SPM ni malas nak cari kerja . Macam sayalah juga dulu . Memang kemalasan dulu tahap kemalasan yang terlalu tinggi . Eh ! Macam mana tu ? Haha .
Saya ingat lagi sewaktu peperiksaan SPM 2012 dah habis . Memang syok gila . Habis exam tanggal 6 Disember 2012 , merdekalah calon pelajar SPM 2012 . Time tu masing-masing nak cari kerja . Yang saya ni , dalam kepala otak just pikir PLKN je . Ingatkan dapatlah PLKN intake ke 1 . Rupanya , tak dapat pun . Time tu lah baru nak pikir cari kerja . Kebetulan pula anak member kawan ayah saya dah nak resign hujung bulan 12 tu .
Anak member kawan ayah saya yang tolong . Saya pun pergilah kat tempat kerja itu . Bagi nama , ic dan no telefon . Kebetulan pula member saya tengah cari kerja . So , saya tolong dia bagi nama dia , ic dan no telefon dia . Ayah saya minta nombor manager kat situ (lebih kurang manager lah kot) Ayah saya call dia , and then dia kata saya dapat . Uhuuu , gembiranya saya time tu .
But at the same time , saya rasa malas . why ? Because saya dah menganggur kat rumah selama sebulan . Tidur , makan , tidur , makan . Itulah aktiviti di rumah selepas bergelar budak lepasan SPM . Okaylah , saya keja kat situ just 6 jam je . Firts time nak masuk kerja , ofcourse lah ada rasa malas nak pergi kerja . Takut , berdebar semua ada . Memang time tu takut nak bergaul dengan orang lain .
Mula--mula masuk kerja , saya belajar cara buat roti . Time tu ikut je apa yang abang tu buat step by step . Lepas dah buat roti semua tu , abang tu ajar kira check stok . Abang tu buli saya time tu . Haha , jahat abang tu . Hari kedua bekerja , "Alamak ! Lupalah step buat roti ni " . Abang tu tepuk dahinya , haha . Maklumlah saya ni kan pelupa sikit . Maybe makan semut terlalu banyak -,-
Hari ketiga , keempat , kelima dan seterusnya macam itulah .Asyik-asyik lupa, lupa , lupa , lupa . Kdang-kadang ada juga merungut biila buat kerja . 'Susah'lah , 'leceh'lah and bla bla bla blabla . Dan selepas 2 minggu itu , alhamdulilah ingat juga step by step setiap jenis roti . Bila dah hampir 2 bulan kerja , "Mak , kak yong nak berhentilah . Tak larat dah kerja macam ni . Penat ! Kak yong kerja sampai bulan 3 je tau" .
Mak saya pun geleng kepala . Apa nak buat , saya dah tak tahan dah . Lama kelamaan diri saya dapat menyesuaikan diri kat tempat kerja situ . Dah selesa . Dah nak sampai hujung bulan 3 tu , pikir banyak kali nak resign tak . Akhirnya , saya tak resign ketika itu . Entahlah , rasa hati ni tak sedap bila dah resign kat tempat kerja situ . Last-last , tak jadi resign kat situ .
Masuk bulan ini dah 4 bulan saya dah bekerja kat situ . Hmm, tahan juga aku ni . Sebab kebanyakkan staf yang kerja kat situ , tak kekal lama . Ramai yang tak tahan kerja kat situ . Sebab ? Hmm , biarlah staf kat situ je tahu . Dan bila dah masuk bulan 4 ni , ramai pula yang dah nak resign . Saya dan member saya hantar surat resign pada hari yang sama .Bila dah hantar surat resign tu , saya rasa tak sedap hati .
Hmm , entahlah . Last-last tak jadi resign terus , haha . Tapi bila tak jadi resign pula , hati ni rasa sedih . Ye lah , member kat tempat kerja tu tetap nak resign hujung bulan 4 ni . Sorang nak resign 25 April ni , sorang laigi nak resign 28 April ni dan sorang lagi nak resign 30 April ni . Hmm , habislah saya tinggal sensorang kat situ . Kawan dengan staf barulah nampak gayanya .
Apa-apa pun , saya akan tetap merindui mereka . Merekalah yang buat saya sakit hati , merekalah yang buat saya merajuk , marah dan lain-lain . Dan mereka juga yang tahan bila saya menyanyi even suara saya tak sedap , haha . Huu , mesti saya menangis bila hari terakhir mereka resign . Hmm , I WILL MISS YOU ALL :*
![]() Ahad, 21 April 2013 @ 6:40 PG |
6 Sweet Comment(s)
:: Sewaktu mengambil result SPM 2012 ::
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu malaysia ^^
Syukur alhamdulillah kerana masih lagi berkesempatan untuk menge-post entri ni ( macamlah menge-post selalu ) :D Lama dah tak update blog ni . Berhabuk , bersawang , berusang semualah . And now , saya nak bersihkan balik blog saya ni . Harap saya mampu melakukannya *apalah aku merepek ni* Haha :D Update post ni pun sebab terlalu rindu nak menaip *ecececeh , ayat dia :D*
Maaflah sebab lama dah tak post entry terbaru . Bukannya tak nak update , tapi masa kerja saya membuatkan saya tidak meng-update blog ni . Penat , letih , tension *merungut pula* kadang-kadang , timbul rasa cemburu bila tengok batch 95 selalu update blog entry pasal perkembangan terbaru mereka . Huhu , sangat jealous . Tapi nak buat macam mana kan ? Kerja , adatlah :)
Teringin juga nak buat entry selepas kejadian itu berlaku . Tak kiralah sama ada sedih , gembira , kecewa . Sebab blog ni dah jadi tempat luahan hati pula , hehe . Kerja tetap kerja . Blog tetap tak ada masa nak update kalau busy kerja . Hmm . Tapi tak mengapa , setiap bulan je gaji mesti masuk . eh ! haha :D
By the way , bukan nak story pasal tu je . Now , saya nak story pasal result SPM . Ada sesiapa batch 95 tak kat sini ? Berapa result korang dapat ? Mesti gempak kan ? Bukannya macam saya ni , teruknya result . Tapi , apa-apa pun result kena terima . Sebab itulah hasil usaha keras kita selama kita belajar sewaktu form 4 dan form 5 . Ececeh , bagi nasihat terbaik pula . Haha :D
Result saya macam mana ? Ehem ehem , ini yang susah sikit ni . Haha . Setakat ini , alhamdulillah . Result saya berada di zon selamat . Nasib baik selamat . Kalau tak selamat , memang kena ulang balik ambil SPM . Haha . Apa-apa pun , jum kita lihat gambar yang penuh suka duka pelajar SPM 2012 ni :D
Sewaktu mengambil result SPM ...
Sebelum nak ambil result SPM kat sekolah , siap lagi pesan kat mak jangan call saya and hantar mesej kat online . Mak minta nombor angka giliran , memang saya langsung tak bagi . Dalam fikiran ketika itu , just fikir kalau mak ayah dapat tahu awal kalau dapat result teruk mesti kecewa kan ? eh ! faham tak ayat tadi tu ? haha , tonggang langgang ayat :D
*Amirul afimi , Rashdan dan khairin*
Sampai je di sekolah , mulalah perasaan takut , gemuruh , berdebar semua ada . Tapi perasaan tu sekejap je . Bila dapat jumpa kengkawan , wahhhh sangat gembira . Maklumlah dah 3 bulan tak jumpa mereka . Dan bila jumpa kengkawan sekelas , macam-macam gaya baru ada . Ada yang botak (baru balik dari PLKN) , ada yang still emo , dan macam-macam lagilah .
*Siti , Akila , Aini , Aimuni dan Afiqah*
Bila result SPM dah keluar , barulah mereka ni kelam kabut nak datang . Haha . Itu pun setelah call banyak kali . By the way , i will miss them . Hmm :')
*Aini , mira and Akila*
Bila result dah keluar , macam-macam rupa wajah mereka . haha . And yang paling penting sekali dapat bergambar dengan pelajar cemerlang . Huuuu , tahniah ! You're the best ! I will miss you :-*
*Cikgu Yasmeen , cikgu Saadiah , cikgu Wardah*
Seronok sangat dapat jumpa cikgu lepas 3 bulan tinggalkan sekolah . Rindu nak dengar cikgu marah . Rindu nak dengar cikgu membebel . Rindu nak dengar cikgu bergurau dengan kawan sekelas kitaorang . Rinduuuuuuu sangat ! Even cikgu semua garang , saya tetap sayangkan cikgu semua :')
Dan selamat tinggal sekolah . Selamat tinggal cikgu . Selamat tinggal kawan sekelas . Selamat tinggal kenangan . Selamat tinggal semua . Saya akan rindu korang semua . Lepas ni , pelajar SPM 2012 akan bawa haluan diri masing-masing . Kenangan sewaktu di alam persekolahan menengah tidak akan ku lupa sampai bila-bila :')
I LOVE YOU ALL :*
![]() Isnin, 15 April 2013 @ 10:36 PG |
5 Sweet Comment(s)
Ke Mana Saya Menghilang Selama ini ?
Assalamualaikum semua , Selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia .
Secara jujurnya , saya sangat merindui blog kesayangan saya ni . Lama 'gila' tak update entry sekarang ni . Korang rindu saya tak ? wink wink , haha . Okay , saya dah tau dah . Tak ada kan ? Okay , nevermind . It's okay *gaya macam merajuk* haha . Ada ke orang yang nak pujuk ni ? ouh , lupa pula . followers saya kat dalam blog ni dah lari sebab saya dah lama tak update entry terbaru . Okay , sorry :'( *gedik*
MANA SAYA MENGHILANG SELAMA NI ?
Haa , mesti korang nak tahukan mana saya menghilang selama ni ? *bajet je aku ni* haha . Yelah , hilang macam tu saja . Update blog langsung tak ada dah . Mana menghilang kau selama ni ? Ce cite ce cite . Kita bako , kita bako *tak pernah serius langsung aku ni* haha . Okay , i'm sorry . Nak tahu sangat kan ? Okay , actually saya menghilang selama ni sebab semakin hari semakin sibuk dengan kerja . Eh ! dah kerja ? Tak bagitahu pun .
Okay , sorry . Apa-apa pun , saya dah bagitau kan ? hihi . Eh ! kejap ! Tahulah sibuk kerja , tapi takkan lah asyik kerja je memanjang ? Hmm , Kerja memanjang ? tak adalah . 'Gila' asyik kerja je memanjang . Haaa , kan dah terkeluar perkataan 'gila' tu . Jangan ada pula yang terasa dengan perkataan 'gila' tu . Okay , sorry again *dah berapa banyak kali daa minta sorry* haha .
Okay , sambung balik pasal kerja tadi . Actually , tak adalah asyik memanjang je kerja . Kalau macam tu , tak hilang penat nampak gayanya . Bila kau macam kerja ni ? Ouh , saya masuk kerja pada 1 Januari 2013 . waaa , awesome tak saya ? Pada tarikh tu , ramai orang sibuk nak keluar pergi jalan-jalan . Saya ? dah mula start kerja . Korang ada ? Tak ada kan ? haha . Apa macam firts day kerja hari tu ?
Hmm , for me not bad yet . But , agak penat sedikit . Maklumlah , kerja kat kedai kek dan roti ni kan ? Firts day saya masuk kerja , belajar buat roti . Mula-mula tu memanglah mengeluh . Sebab payah gila nak uli adunan roti tu . Asyik-asyik tak jadi . Asyik-asyik tak jadi . Fed-up saya jadinya . Lepas tu , saya belajar kira stok yang tinggal . Erghh ! Secara jujurnya , saya tak suka kira stok barang ni . Sebab ? Kena kira satu persatu stok barang yang tinggal .
Kalau barang tu besar , senang sikit nak kira . Tapi , kalau barang yang kecil dan halus tu ? Haiya ! Memang penat ! Tapi nak buat macam mana kan ? Hmm :') Habis je kerja , terus balik ke rumah . Solat then tidur terus sampai ke pagi . Itu baru firts day kerja , dah penat gila macam baru lepas selesai buat satu rumah . haha . Second day pula ? Macam biasa buat roti . Uli , uli , uli , dan uli . But still terkakap lagi nak buat roti . Kadang-kadang ada juga lupa step by step nak buat roti pelbagai jenis .
Sampai abang yang ajar saya tu geleng kepala je tengok saya mudah lupa step buat roti . Sorry ye , abang . Haha . Bila dah hari ketiga , keempat , kelima macam tu , saya mulalah melukis step by step setiap roti . Maybe korang rasa kelakar kan ? Tapi , saya terpaksa buat macam tu sebab saya ni mudah lupa step nak roti tu . Kedua pula , sebab tak nak abang tu marah saya yang asyik pelupa je . So , nak tak nak kena buat cara tu dan hafal . Sebelum nak masuk kerja , berpulun-pulun saya hafal step by step setiap roti .
Macam nak masuk dewan peperiksaan pun ada . Haha . Dan sebelum nak masuk kerja itulah tangan saya mula mengeletar . Serta merta juga tangan mengeletar semasa uli roti . "Jangan takut nak buat roti ni" , kata abang tu . Tahu-tahu je abang tu yang aku takut . Haha .
2 Minggu Selepas Itu ...
"Mak ! Kak yong ingat nak kerja sampai bulan 2 je" . "Bulan 2 ? kerjalah sampai bulan 3 . Kenapa ? Tak okay kerja kat situ? Kerja juga !" Masa tu , saya tak mampu nak membalas balik petanyaan mak saya tu . Dan , selepas itu , bermulalah mak saya bla , bla bla , bla dan bla . Dalam bla bla mak saya tu , ada terselit nasihat buat saya . Entahlah ! Time tu rasa macam ... Entahlah , tapi hati saya ini kuat menyatakan saya saya akan kerja di situ sampai 2 bulan je . Bulan 3 saya duduk kat rumah tanam anggur je . Plan saya ketika itu .
Dan semenjak saya bekerja ni , setiap malam saya asyik menangis je . Menangis menangis dan terus menangis . Hmm , disebabkan terlalu banyak menangis dan banyak berfikir , bermulalah badan ni terasa nak demam . Even saya demam sekalipun , saya tetap pergi kerja . Kadang-kadang , sewaktu saya tengah buat kerja , secara tiba-tiba air mata nak mengalir ke pipi . Bertahan , bertahan je time tu . Bila terasa nak menangis tu , cepat-cepat pergi ke singki basuh muka .
"Ezzati , kenapa ni ? Macam baru lepas menangis je ? Sihat tak ni ?" kata member sebaya dari tempat kerja yang sama . "Eh ! taklah . mana ada saya menangis" . Sengaja saya sembunyikan perasaan tu . Tapi , member saya ni cepat tangkap perasaan saya time tu . Hmm :')
Lama kelamaan , saya mula berasa seronok bekerja di situ . Memang agak penat 'gila' kerja kat situ . Tapi , biasalah . Mana ada kerja yang senang kan ? Ce cakap , ada ke kerja yang senang sekarang ni ? Tak ada kan ? Hmm , jadi kuli ? Biasalah , nama pun budak baru lepasan SPM . Memanglah terpaksa kerja jadi bawahan orang . Buat itulah , buat inilah . Lama-lama nanti , dah biasalah nanti . Now , sekarang ni tak sabar nak dapat gaji . Hihi , even rasanya gaji bulan ni nampak sikit :) 1 februari 2013 maybe dah keluar gaji dah .
Dan Semenjak saya dah bekerja hampir sebulan ni , banyak perubahan yang berlaku pada diri saya . Mula beranikan diri sendirian pergi kerja , pemikiran menjadi berkembang , yakin apabila bercakap dengan orang , dan banyak lagilah . Apa-apa pun , selama saya bekerja ni saya tak pernah menyesal pun . Malah , bertambah pengalaman yang saya dapat . Dan yang paling penting sekali , dapat melihat gelagat ramai orang yang berbagai-bagai . Haiya ! Pening kepala saya ni tengok gelagat manusia ni .
Okay , sampai di sini sahajalah saya menaip untuk entry kali ni . Maaf kalau ada yang tersinggung dengan perkataan saya tadi . Maaf kalau ada silap dalam entry ni . Dan perlu ingat yang semua manusia tak perfect , okay ? Jangan lupa nantikan entry saya seterusnya . Finally , doakan saya dapat bertahan kerja di tempat itu dan doakan juga supaya saya dapat result SPM yang 'TERGEMPAK' supaya saya dapat mencipta sejarah dalam hidup saya ini .
Assalamualaikum :)
![]() Isnin, 28 Januari 2013 @ 6:33 PG |
7 Sweet Comment(s)
Tahniah
Biji durian tercekik di halkum ,
Assalamualaikum :-)
Tiba-tiba pula nak berpantun hari ni , haha . Apa mimpi entah malam tadi . By the way , nak cerita serba sedikit pasal semalam (19/12/2012) . Ingat tak pasal semalam ? Alaa , pasal budak PMR nak ambil result tu . Ingat dah ? bagus ! Memang seronok semalam , haha . Kenapa ?
Mana taknya , yang kita ni asyik bertanya je kat budak PMR pasal result yang mereka baru dapat . See , sangat menyibukkan ? Tapi , kita dah anggap budak PMR ni macam adik sendiri . eh ! haha . Suka sangat bila dapat tahu result yang mereka dapat . Yang mana tak nak bagitau tu , jenuh pujuknya .
Last-last , dapat juga tahu . Hehe , wajib kena ambil tahu ni pasal result budak PMR ni . Dan paling seronok sekali , 10 orang yang dapat straight A's dalam PMR dan 8 orang yang dapat 7A dalam PMR . Hmm , dahsyat dahsyat . Ramai juga tu yang pandai . Ada yang dapat 4A , 5A , 6A . Hmm , ada juga timbul rasa cemburu .
*tahniah ye*
Sebab ? Dulu tak pernah dapat result yang sehebat macam tu . Hmm , benda dah lepas . Tak perlu dikenangkan lagikan ? Dan disebabkan result PMR dulu tak sehebat , SPM kali ni kita buat betul-betul . Memang perah punya perah otak ni bagi keluar ilmu yang dah belajar selama 2 tahun dalam menengah atas ni .
Sekarang ni , hanya dapat mampu bertawakal dan berdoa sahaja . Harap-harap , pemeriksa yang check kertas jawapan budak SPM tahun ni lembut hati nak bagi banyak markah . Harap-harap gitulah . Amin Amin :-) Dan bila result PMR ni dah keluar , timbul pula perasaan takut dalam diri .
Kenapa ? Ya Allah , siapalah yang tak takut nanti bila nak ambil result SPM . Mulalah perasaan gemuruh timbul . Macam esok je result SPM 2012 keluar . Hmm . Dan , yang paling takut sangat ialah bila budak PMR tanya balik pasal result SPM nanti . Haa , ambil kau ! Rasakan , haha .
Anyway , tahniah bagi budak PMR yang dapat 8A , 7A , 6A , 5A , 4A , 3A , 2A , 1A . Bagi yang tak dapat A tu , tak apa . SPM ada lagi . Buat betul-betul . Satu je nak ingatkan , "Result PMR teruk , tak apa lagi . Boleh masuk Form 4 kalau result yang dapat tu teruk . Tapi , kalau result SPM teruk , memang susah nak pergi mana-mana nanti ."
Now , saya tengah menganggur kat rumah . Maklumlah , anggur yang ditanam kat rumah ni makin bertambah-tambah orang nak membelinya . Tak sangka pula laku anggur ni . Haha , just kidding . Finally , doakan saya semoga dapat result SPM 2012 yang tergempak dan terbaik di sekolah . Amin Amin :-)
![]() Khamis, 20 Disember 2012 @ 5:20 PG |
2 Sweet Comment(s)
Terlalu Merinduinya
Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)
Sudah 8 hari tak update blog ni . Busy ? Mustahillah kita ni terlampau busy walaupun SPM dah habis . Actually , bukannya busy tetapi idea / story yang nak kongsikan tu tak ada . Now , terasa nak buat satu entry untuk seseorang . Hmm , siapakah gerangan itu ? *terlampau formal pula* haha . Ni dia , orangnya bernama NUR AISHA BT AZHAR .
*comel kan dia ni ? Hehe .
Siapalah yang tak rindu dekat kawan baik sekali . Tambah-tambah lagi bila digelarkan "BestFriendForever" . Kitaorang kawan sejak dari form 1 sampailah sekarang ni . Dulu kita satu sekolah dengan dia dari form 1 sehingga form 3 . Asyik berkepit je dengan dia . Tak pernah berenggang . Terlalu banyak sangat kenangan manis dan pahit bersama dengan dia .
Tapi sayang , semasa kita berada di form 4 , kita terpaksa pindah ke sekolah lain . Ingat lagi time dia pujuk kita supaya jangan pindah . Tapi , apakan daya kan ? Terpaksa juga kita pindah . Lepas kita pindah sekolah , selalu contact dengan dia . Yes ! contact melalui Handphone . Tapi , tak lama sangat contact dengan dia . Hanya setahun je dapat contact dia melalui handphone .
Sebab ? SPM ! Ayahnya memegang handphonenya sehingga peperiksaan SPM sudah ditamatkan . Ketika itu , buntu idea kita macam mana nak contact dia memandangkan dia jarang online facebook . Finally , dia buat keputusan untuk menggunakan surat untuk berhubung . Haha , kelakar cadangan tu tapi terpaksa gunakan cadangan tu . Kebetulan pula , adik kita dan adik dia satu sekolah and satu kelas pula tu . Kesian mereka , terpaksa jadi orang tengah pula . Hehe .
Kitaorang pun saling balas surat antara satu sama lain . Terasa macam orang dahulu pula , haha . Kalau kitaorang busy , maybe dalam 2 hari selepas dapat surat tu baru balas . Maklumlah , busy SPM . Kebetulan pula , SPM dah nak hampir dalam beberapa minggu lagi . Sepanjang SPM dijalankan , kitaorang langsung tidak berhubung dan bertanya khabar . Kenapa ?
Cuti sekolahlah katakan . Tiada lagi orang tengah . Hmm . Selepas dah habis peperiksaan SPM ni , kita tak tahu macam mana nak contact dia . Dia dah guna ke handphone ? Macam-macam yang kita fikirkan . Last-last , kita try hantar mesej kat dia .
*Ezzati : Aishaaaaa !! T_T
Langsung tak balas . Tunggu punya tunggu , akhirnya balas juga dia ni . Berdebar-debar hati ni nak buka mesej dari dia . Rindunyaaa !
*Aisha : Sape ni??
Time tu , kita sedih sangat . Boleh lagi tanya "sape ni??" Mustahil dia tak simpan nombor kita . Rasa nak menangis je time tu , tapi terpaksa tahan air mata . Kita balas balik mesej tu .
*Ezzati : Ni aisha kan ?
Tunggu punya tunggu , langsung dia tak balas . Air mata nak jatuh dah ni . Then kita balas lagi ,
*Ezzati : weyh , ko tak kenal kita eh ? Ni ezzati yang sekolah kat bandar baru T_T
Sakit hati ? Entahlah , perasaan time tu bercampur baur . Geram , marah , sedih semuanya ada . Lepas 30 minit , dia balas mesej .
*Aisha : Sorrylah awak ni silap nombor
Ya Allah , bila masalah pula aku ni silap hantar mesej . Padahal kita pernah mesej dengan dia guna nombor tu . Mustahil ! Tak kan dia jual nombor dia kat orang lain pula . Macam-macam benda kita fikir . Time tu nak je menangis , tapi terpaksa tahan air mata ni daripada mengalir ke pipi . Diri kita pujuk kita supaya bersabar , bersabar , bersabar dan bersabar .
Cuma , kita harap satu je . Harap dia ada penjelasan sendiri nanti :')
![]() Jumaat, 14 Disember 2012 @ 11:41 PTG |
2 Sweet Comment(s)
:: Berakhirnya Sudah Semuanya ::
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :-)
Dah berhabuk dah dalam blog ni . Fuhhh *tiup habuk* Maklumlah lama tak buka blog ni selama sebulan . Oh my :O Sebab ? Macam biasalah , kita ni kan budak calon SPM 2012 . So , busy sikit . Okay , now kita dah habis SPM dah *muka bangga* Lepas ni bolehlah berblogging macam blogger lain , hehe . Actually , bila nak buat entry ni rasa macam tak ada feel je . Kenapa eh ? Maybe sebab dah lama tak buat entry kot . Tu yang rasa kekok sikit . Tapi jangan risau . Kita akan cuba adakan feel untuk buat entry ni *merepek sudah* haha .
Yeayyy ! SPM is over , haha . Semalam (6 disember 2012) baru habis exam . Lepas pengawas dah kutip kertas jawapan ekonomi asas kertas 2 tu , muka senyum lebar dah . Tersengih-sengih kita kat dalam dewan . Dalam hati *tak sangka aku dah habis exam* Dan dalam pada masa yang sama juga , tak sangka itulah kali terakhir kita bersekolah . Dan , itulah kali terakhir kita jumpa kengkawan sekelas kat sekolah . Entah dapat jumpa ke entah lagi dengan kengkawan satu kelas .
*inilah keadaan dewan selepas tamat SPM 2012*
Okay , rasa macam nak menangis je bila nak buat entry ni . Hmm , okay . Tahan ezzati , tahan air mata tu :') Lepas dah habis SPM ni , tak tahu nak buat apa . Rasa macam menganggur je kat dalam rumah ni even baru sehari tak pegang buku . Actually , kita tak plan nak buat apa lepas SPM ni . Sebab sebelum SPM , kita dapat tahu yang kita terpilih dapat masuk PLKN . Memang seronok gila bila dapat PLKN tu . Dan kita dapat tahu yang pergi PLKN sana tu , pergi dalam bulan satu 2013 . Awal tahun katanya . Last-last , bila kita check penempatan kita dalam PLKN , kita maybe dapat dalam siri ke 2 atau 3 . Time tu memang frust-frust gila . Kita nak siri 1 sebab kita boleh isi masa lapang kita lepas SPM ni . Kalau siri2 / 3 ni , manalah tahu kot kita sambung belajar , terpaksa tangguhkan PLKN ni . Lagipun , kita suka siri 1 ni sebab kebanyakkannya semua batch 95 . Mesti seronokkan dapat jumpa rakan sebaya . Dan kebanyakkan juga siri 1 ni budak yang pandai-pandai . Haiya ! rugi-rugi :'( Tapi nak buat macam mana kan ? Terpaksalah redha . Lepas dapat tahu yang kita tak dapat PLKN siri 1 ni , jenuh kita fikirkan apa nak buat lepas ni . Maybe kita akan buat , - Cari kerja - Belajar bawa motor and ambil lesen motor dulu - Belajar memasak - Hangout dengan member maybe - Beli buku novel banyak-banyak *kalau boleh borong satu kedai* haha . - Habiskan masa dengan menonton TV , baca novel , dan bertwitter Itulah antara apa yang kita nak buat lepas ni . Entah buat ke tidak kita lepas ni , haha . Oh ya , actually lepas dah dapat result SPM , ingat nak minta masuk Form 6 (pra-U) . Yeayyy ! masuk sekolah balik . Maybe siapa tahu kan ? Tapi kita teringin sangat nak masuk form 6 . Even ramai kata susah . Okay , i'll try . Pray for me , okay ? :-) ![]() Jumaat, 7 Disember 2012 @ 6:09 PG |
4 Sweet Comment(s)
Dah 17 tahun rupanya :')
Assalamualaikum , dear :)
ehem ehem ! birthday kita datang lagi . okay , buat muka bangga :D pejam celik , pejam celik , secara sedar atau tidak , umur kita sudah pun meningkat iaitu 17 tahun . okay , kita tahu kita still muda lagi :P sepanjang birthday kita tu ( 11 oktober 2012 ) , kita tersenyum je . kenapa ? okay , kta share dengan korang .
11 oktober 2012
awal-awal pagi lagi kita bangun . lebih kurang pukul 4 pagi gitu . Bangun je terus masuk bilik air , dan mandi . bila dah terasa segar sikit , relax kejap . tiba-tiba , teringat hari ni birthday kita . terus on laptop dan wifi . bila dapat je line , terus buka facebook . macam biasa , bila online facebook time awal pagi , yang onlinenya just 2 , 3 , 4 orang je . okay , sedih kita time tu . then , tengok kat wall . ramai rakan facebook wish kita walaupun kita tak kenal diaorang . seronok kita ada orang wish awal pagi di facebook .
Bila terasa bosan main facebook , log out terus . pergi siap pakai baju sekolah semua . lepas dah siap semua tu , terus ambil kek batik potong yang baru buat malam itu . letak kat daam satu bekas kek batik untuk member nanti . dah siap lepas tu , pergi sekolah sambil bawa kek batik di tangan . entah kenapa time tu jantung kita dup dap dup dap . sampai je di sekolah , sesuatu perkara yang kita tak dijangka jadi telah jadi .
Ramai-ramai nyanyikan "Happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to ezzati , happy birthday to you" . masing-masing saling bertepuk tangan . okay , kita terharu di situ . tiba-tiba , aida datang dekat dengan kita . dia hulurkan hadiah . pelik tengok dia , dan tengok hadiah untuk siapa . rupanya hadiah daripada my best friend . terharunya sebab dia ingat pun birthday kita .
siap bagi hadiah lagi tu . seronok kita time tu . kengkawan yang lain semua jealous , haha :D tiba je time rehat , kita bawa kek batik tu kat kantin . takut dan berdebar apa yang kengkawan komen nanti . seudah je sampai di kantin , terus buka kek batik dan bagi mereka rasa . kita bagi sekali pelajar lelaki form 5 sains & 5 kemanusiaan . nasib baik cukup dan semua dapat merasa kek batik tu .
rata-rata , ramai yang kata sedap . kalau jual , laku kek batik tu . okay , kita dah kembang hidung di situ . balik je rumah , terus buka hadiah yang diberi oleh NUR AISHA AZHAR dan JENIFER MALINI . auww , memang comel gila hadiah tu . walaupun kita tak dapat banyak hadiah daripada orang lain , tapi kita bersyukur dapatlah juga hadiah ni . Alhamdulilah :') apa-apa pun , kita nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat member kita yang wish birthday kita , NUR AISHA AZHAR dan tak lupa juga rakan-rakan facebook yang wish seramai 60 orang . terima kasih sekali lagi :')
comel tak hadiah tu ? comel kan ? i like that :')
![]() Jumaat, 12 Oktober 2012 @ 1:44 PG |
1 Sweet Comment(s)
Aku & Internet
Asslamualaikum :)
Tiba-tiba timbul rasa terbit di dalam hati ini . Rasa yang pernah aku alami dulu dan sekarang . Tapi , apakan daya "ZAMAN DAH BERUBAH , DUNIA DAH MAJU" . Timbul rasa "MENYESAL" dalam hati ini bila terpandang internet . Entahlah , rasa macam nak hantukkan kepala dekat dinding dan lemparkan laptop ini bagi berkecai . Tetapi , aku tidak sanggup buat begitu . Hal ini kerana , aku dah begitu taksub dengan internet dan tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku .
Aku mula mengenal internet sejak ayahku beli laptop beserta broadband . ketika itu , aku berumur 15 tahun iaitu tingkatan 3 dan kebetulan waktu itu PMR sudah selesai dijalankan . Aku berasa seronok apabila dapat melayari internet buat pertama kalinya . Aku seronok membuka laman web tentang artis di Malaysia . Maklumlah , pertama kali tahu apa itu internet sebenarnya .
Apabila kawan aku mengetahui aku ada internet di rumah , mereka menyuruh aku membuka akaun Facebook yang tengah popular dalam dunia ini . Aku terpinga-pinga dan blur apabila kawan bercerita tentang facebook . Aku biarkan tentang cerita facebook dan aku lebih suka melayari laman web artis-artis di Malaysia . Pada suatu hari itu , mak saudara menyuruh aku membuka akaun facebook . Then , aku tanya , "macam mana nak buat?" . satu persatu mak saudara aku mengajar membuka akaun facebook . lama-kelamaan , aku sudah menjadi taksub dengan facebook . sikit-sikit , facebook . malah , sudah menjadi rutin harian setiap hari membuka facebook .
Bukan facebook sahaja membuatkan aku tergoda dengannya , malah Twitter juga memaksa aku menyertainya . Aku mengenali twitter semenjak ramai orang bercerita mengenai twitter . Aku lantas membuka google tentang twitter . sesudah aku mengetahui tentang twitter , aku membuat akaun baru untuk menyertai twitter . Aku leka bermain twitter sehingga mahir . Aku suka tweet dengan artis dengan kenalan baru yang lain walaupun ketika itu followers aku cuma ada 10 orang sahaja .
Tahun lepas , aku terjebak dalam dunia berblogging . Aku terjebak dalam dunia berblogging apabila ternampak kawan aku mempunyai laman web blog . Aku tertarik dengan laman blog kerana boleh edit bandgroud dengan cantik dan boleh update apa benda yang kita suka . Tanpa mengetahui dengan lebih lanjut , aku terus membuat akaun blog . Aku seronok dapat berkongsi cerita dengan orang lain sampailah sekarang ini .
Semenjak aku ada akaun facebook , twitter dan blog , aku mulai leka dengan dunia internet . Rutin harian yang biasa aku buat selalunya balik sekolah buka internet . Waktu malam pula , buka lagi internet semata-mata nak buka facebook , twitter dan blog . Dan disebabkan itu , pelajaran aku selalu diketepikan . Aku ketepikan dan membiarkan buku itu disusun rapi dengan elok & kemas . Langsung aku tidak menoleh pada buku itu . Aku hanya pegang buku bila waktu di sekolah sahaja .
Masa itu emas , dan masa itu juga berlalu begitu sahaja . Aku pun sudah memasuki tingkatan 5 dan aku mempunyai azam tersendiri iaitu buka internet hanya 2 jam sahaja . Tak lebih dari itu . Tapi , azam itu hanyalah melayang-layang di langit . Aku masih lagi leka dengan internet dan membiarkan buku itu menangis begitu sahaja . kini , aku mulai sedar dan ingin berubah . Aku tak nak keputusan Spm nanti teruk dan tak dapat tawaran mana-mana kolej mahupun universiti . Aku terpaksa melupakan sebentar tentang segala yang berkaitan dengan internet .
Secara sedar atau tidak , hanya tinggal 28 hari ke SPM . Ya Allah ! Aku rasa menyesal dan menyesal sekarang :'/
![]() Ahad, 7 Oktober 2012 @ 1:08 PG |
6 Sweet Comment(s)
:: Jamuan Perpisahan Tingkatan 5 (2012) ::
Assalamualaikum semua , salam sejahtera dan salam satu malaysia .
Anda semua sihat ? Alhamdulillah , saya sihat . eh ! haha . dah berapa minggu dah tak update post kat blog ni . nampak ni , dah berhabuk dan berusang dah blog ni . tapi , nak buat macam mana kan , tahun ni busy sikit berbanding dengan tahun-tahun yang lain . Al-maklumlah , tahun ni kita calon SPM . so , kena kurangkan ber-facebook , ber-twitter & dan ber-blogging . kadang-kadang , kita ni cakap tak serupa bikin . ye lah , cakap je nak kurangkan semua tu , tapi still lagi ber-facebook , ber-twitter semua . Now , kita dah seminggu lebih tak buka facebook . sebab ? result trial SPM baru-baru lebih teruk berbanding dengan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu . so , kita ambil keputusan kita akan hukum diri kita jangan buka facebook sehingga habis SPM . kita hanya boleh buka pada 11 october 2012 . eh ! boleh pulak ? mestilah boleh , sebab tarikh tu tarikh birthday kita . hari tu je kita buka facebook , nanti jangan lupa wish ye . ingat tau tarikh tu , haha .
eh ! dah merepek ke tempat lain pulak . sorry , sorry dear . kita nak story kat korang pasal jamuan hari tu , last-last tengok ni dah merepek . hadoihh , haha . okay , hari tu iaitu pada 15 september 2012 , pelajar tingkatan 5 tahun 2012 telah membuat jamuan perpisahan . story ni sebenarnya dah lama , tapi masa tidak mengizinkan kita story time tuh . okay , sambung balik cerita tadi . jamuan ni diadakan selepas habis trial SPM hari tu . pelik tak ? bagi kita , ia sesuatu yang pelik . ye lah , kebiasaannya jamuan perpisahan ni mesti diadakan lepas habis SPM sebenarnya . yang beri cadangan ni ? cikgu kitaorang lah . kitaorang tengah dalam mood trial SPM , takkanlah kitaorang nak bagi cadangan tu , kan ? kitaorang pun langsung tak membantah langung . yang kitaorang pikir apalah soalan yang keluar nanti dalam kertas itu ini . Tempat jamuan , hadiah , cenderamata , tempahan tempat duduk kat hotel semua cikgu yang sediakan . kitaorang just relax je , haha .
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu & dinantikan oleh semua pelajar tingkatan 5 ni . masing-masing bergaya sakan dengan gaya tersendiri . kawan-kawan kita semua bawa handbag kat bahu . dan macam biasalah , dalam handbag tu mesti ada alat solek / mekap . kita ? bukan tak suka bawa handbag , risau cuai letak kat mana-mana nanti . lepas tu , hilang . mak kita pandang kita lain macam , "kau ni tak pandai bergaya betul . mak tengok kawan kamu tu semua pandai bergaya bla bla bla bla ..." memang kita akui , kita tak pandai sangat bab mengayakan diri sendiri . tunggulah kita dah kerja nanti , confirm bergaya mengalah mak datin , haha . kalau pelajar lelaki pula , macam biasalah pakai baju kemeja yang smart-smart , pakai cermin mata untuk tambah kemacholan diri mereka & rambut ala-ala pajak gitu , haha .
enough ! panjang betul kita berceloteh hari ni . tak tahu kenapa peramah sangat hari ni , haha . okay , kita dah penat nak menaip dah . nak upload gambar pula masa jamuan perpiasahan hari tu . Jum cuci mata gambar di bawah ni :D
AT HERITAGE HOTEL , IPOH PERAK
mula-mula sampai , apalagi bergambarlah :D
eh ! shahrul pandai main gitar , eh ? cepat mainkan gitar , aku nak menyanyi ni :D
fuyoo ! geng botak , haha . terbaik , nasib rashdan dan cikgu tak botak :P
azrina ! pandang sinilah . nak pose macam gitu lettuw , haha . tengok 4 jejaka lelaki hero malaya , senyum sampai ke telinga , haha .
irfan minum air fresh orange sampai PEACE , haha . masam kot air tu :/
Terima Kasih Padamu Cikgu , Jasamu Akan Ku Kenang selalu , Tak pernah Lelah Tunjuk Ajarku , Terima kasihku Kepadamu Cikgu ~
hanya dalam kenangan bersama kengkawan :')
okay , dah puas cuci mata dengan gambar di atas tadi ? belum . OMG ! sebenarnya , gambar ada banyak lagi , tapi ini sahaja yang dapat korang tatapkan , haha . semoga anda 'like' entry kita kali ni . maaf kalau diantara anda yang merasakan entri ini terlalu amat membosankan . dan tak lupa jugak , kepada calon SPM 2012 , bersedialah untuk berperang dengan SPM . semoga anda berjaya dalam peperangan tersebut termasuklah saya :') jangan lupa , sentiasa berdoa dan berusaha selalu . dengan ini , saya sudahi dengan 'Assalamualaikum w.b.t' . eh ! formal pula , haha .
![]() Ahad, 30 September 2012 @ 5:35 PTG |
4 Sweet Comment(s)
|
1. say no to COPYCAT ! 2. mind your languange ! 3. behave yourself ! p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p ![]() Nur Ezzati Ismail ![]() ![]() |