//Forever Imperfect
Tawaran Sambung Belajar
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia :)

Nak update entry terbaru kat blog ni pun dah tak ada mood. Why? Phone buat hal pula. Kejap boleh buka, kejap tak boleh buka. Asal dengan phone ni? Nak suruh aku beli baru ke? Hadoihh, boleh je. Tapi bajet tak cukup nak beli phone ni. Handphone touch screen, tapi bermasalah. Baik pakai handphone Nokia 3310 je. Lagi tahan lama, haha.

Phone dah buat hal. Duit dah 'pokai'. Macam mana ni? Mana nak cari duit ni? Kalau saya orang kaya, lama dah beli phone lain. Phone lama tu dah campak ke dalam tong sampah. Haishh, sabar je lah. Jenama apa phone yang okay sekarang ni? Samsung? Blackberry? Iphone? XperiaZ? Tolong suggestkan kejap. *berangan nak beli phone baru*

Actually, bukan nak cerita pasal handphone pun. Kali ni, nak buat entry pasal 'sambung belajar'. Bukan apa, sekarang ni pelajar SPM 2012 sibuk nak sambung study dah. Ada yang dapat form 6, matrik dan universiti. Bersemangat betul mereka tatkala dapat tawaran mana-mana. Saya? Of courselah semangat! Ada ke zaman sekarang ni yang tak nak sambung belajar?

Zaman sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak sambung belajar. Kalau tak sambung belajar, mesti orang fikir budak ni malas. Kolot. Kurang ilmu pengetahuan. Sampai macam tu sekali orang itu berfikir. Macam kawan-kawan saya. Ramai dah yang nak sambung belajar. Ada yang dapat tawaran ke universiti mahupun kolej.

Saya? Hmm, adalah dapat juga. Tapi tawaran tu semua kebanyakkannya dari swasta. Bukannya kerajaan. Kalau saya terima tawaran swasta tu, banyak kot nak keluarkan duit. Kalau saya berasal dari keluarga yang agak kaya, lama sudah saya terima tawaran itu. Saya ada juga terima tawaran. Like Kolej Pusrawi, Kolej islam sains dan teknologi dan Unisel. 

Semuanya swasta right? Tapi adakah semua kolej tu terjamin masa depan? Saya takut nanti bila saya dah habis belajar di kolej, keluar nanti saya menganggur. Kalau macam tu, habis duit saya je belajar di situ. Hmm, Saya ada terbaca kelebihan dah kekurangan kolej tersebut. Tapi entahlah. Hari tu, saya ada dapat satu tawaran. Tapi tak pasti tawaran jenis apa.

"NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA BAGI MENGIKUTI SESI TEMUDUGA PROGRAM DIPLOMA KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), DIPLOMA PENGAJIAN TINGGI (IPT) & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)"

Anyone yang tahu pasal ni tak? Saya sekarang ni dilema dalam situasi ini. Samada nak pergi temuduga ke tak nak. Ada sesiapa yang tahu tak pasal ni? Saya tak pasti sebab ada kawan saya cakap kalau lulus temuduga ni, tak pasti lagi pergi ke UiTM atau ke kolej. Tapi saya rasa tawaran ni daripada kerajaan . Under universiti. Entahlah, saya tak pasti. Tolong jelaskan saya tentang notis ni. Hmm, harap ada maklum balas :')




Khamis, 23 Mei 2013 @ 12:15 PG | 2 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!