//Forever Imperfect
Sambung Study
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia!

Sejak menjak ini, saya terlampau sibuk sangat. Hmm, nak update entri yang terbaru pun payah dah sekarang ni. Maklumlah, tuan punya badan blog ni asyik sibuk dengan masa kerjanya. Tambah-tambah lagi tengah memikirkan mana nak pergi lepas ni selepas habis SPM. Takkan saya nak kerja je kot? Hmm, mustahil saya nak kerja je. Saya pun nak juga sambung belajar sama dengan teman lain.

Bercakap pasal sambung belajar ni, pada 25/5/13 yang lalu, saya dapat tawaran temuduga. Pada mulanya, saya agak malas juga nak pergi temuduga. Tapi atas desakan mak saya, saya pun ikutlah kata mak saya. Saya pun tak prepare langsung salinan dokumen semua tu sampai saya kena marah. Atas paksaan, semua tak prepare. Last-last kena marah. Hmm.

Pada hari berkenaan tersebut, saya mula terpikir apa yang nak mereka interview semua tu. Manalah tahu kot abang-abang dan kakak-kakak tu tanya, "Siapa nama sultan perak pada masa sekarang ni?" Habislah kalau tak tahu nanti. Haha. Tapi saya tak pikir semua tu sebab dalam hati saya kata, "Ah! Confirm aku tak dapat ni. Pergi suka-suka je ni". Dalam pada masa yang sama, ada juga timbul perasaan takut. Hmm.

Sesudah tiba di tempat interview itu, selangkah demi selangkah saya menaiki tangga. Hati mula gemuruh tetapi saya ketepikan perasaan itu. "Ah! Confirmlah tak dapat!", kata hati bagi menenangkan hati. Masuk ke tempat interview, daftar nama then pergi ke tempat yang diarahkan orang abang handsome tu. Eh! Haha. 

Abang handsome tu mulalah kenalkan diri dia. Dalam hati, "Handsome gila abang tu!". Mengatal sudah bila berada di situ, haha. Dengan perasaan yang takut, abang handsome tu tanya, "Adik nak ambil course apa ye? Maksudnya, adik minat apa?". "Ouh, kalau boleh saya nak ambil course farmasi". "Ouh, farmasi ye? Kejap, abang tengok result dulu. Hmm, kalau ikutkan result ni, adik layak ambil course farmasi".

Time tu, hanya Allah je tahu betapa gembiranya abang handsome tu kata layak ambil bidang farmasi. Belajar just 3 tahun sahaja. 1 tahun lagi pergi praktikal kat hospital kerajaan. Hostel percuma, tak payah bayar. Peluang ini, takkan saya nak tolak. Sayang pula nak tolak sebab kolej itu diiktirafkan oleh kerajaan. "Adik nak ke masuk ni?". Saya pun mula berpikir habis-habisan dan sebaik-baiknya.

Last sekali, "Okaylah, saya terimalah". Dalam hati, "Ya Allah, betul ke apa aku buat ni? Aku harap kali ni aku dapat buat keputusan yang betul". Sebelum nak balik ke rumah, abang handsome tu siap lagi pesan, "Adik, janji dengan abang dapatkan 3.5 ke atas tau". Itulah pesanan abang handsome bagi kat saya. Oh my! Terharunya bila ada orang bagi semangat, haha. Abang handsome pula tu.

Bila dah dapat tawaran tu, call manager nak resign 29 May ni. Sangkanya dia kata, "okay". Tapi, "Ezzati, kenapa macam ni? Saya dah susun jadual dah". "Miss siew, saya terpaksa resign sebab nak sambung study pada 1 June ni. Saya dah tak boleh tolong miss siew dah". "Hmm, okay okaylah, esok saya datang ke outlet you. Nak buat jadual baru pula".

Hmm, susahkan bila bekerja ni? Sebenarnya tak susah, cuma bila beritahu resign mengejut tu memang sepatutnya kena marah. Tapi, nak buat macam mana kan? Kadang-kadang, saya sedih juga bila nak sambung study ni. Ye lah, saya dah happy kerja kat situ, tiba-tiba kena sambung study pula. Rasa sayang pula nak resign. Tapi apakan daya, masa depan harus diutamakan.

Dalam pada masa yang sama, saya sedih sebab ramai yang kondem saya bila saya masuk ke tempat study tu. Entahlah, ramai yang tak galakkan saya masuk ke tempat itu. "Tak payahlah pergi. Bukannya dapat kerja pun." "Dapat masuk kolej? Tak payah pergilah zati. Baik kamu pergi poli, ada juga". Hmm, poli? Saya tak minat kemahiran, sebab tu saya tak mohon/masuk.

Bila saya isi borang mana-mana universiti/kolej, saya mesti utamakan course farmasi. Kalau course farmasi tak ada dalam universiti/Kolej, secara automatiknya saya tak mohon. Hmm, bukannya tak boleh mohon lain. Tapi kalau boleh saya nak juga course farmasi. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga course farmasi :')

Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik sampai saya dapat biasiswa dan pelajar yang terbaik. Insya-Allah. Doakan saya ye? Saya start sambung study pada 1 June 2013 ni. Harap saya dapat buat yang terbaik :')


Isnin, 27 Mei 2013 @ 10:47 PG | 3 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!