//Forever Imperfect
Pengalaman sewaktu bekerja selepas SPM
Assalamualaikum, Salam sejahtera dan salam satu malaysia!

Now, tengah pening kepala sekarang ni. Mana taknya, baju tak kemas lagi untuk dibawa ke hostel. Maklumlah, tak lama lagi dah nak sambung study kat kuala lumpur. 1 hari bulan 6 dah kena daftar. Hmm, saya rasa terlalu cepat sangat bila dapat tawaran sambung study. Why? Member-member lain duduk relax je sekarang ni, haha. Bila saya dah sambung study, maybe saya dah tak ada masa nak update entri terbaru nanti.

Dah sibuk study, mana ada masa nak update itu ini. And buat masa sekarang ni, nak fokuskan dulu study. Hihi, fokuslah sangat kan? Haha. Dalam pada saya sibuk nak buat prepare barang untuk study, kadang-kadang saya rasa sedih pula. Hmm, sedih sangat nak tinggalkan alam pekerjaan. Kenapa saya sedih? Hmm, baca entri ni sampai habis ye :')

Habis je kertas exam ekonomi asas SPM 2012, bermulalah saya 'merdeka'. Maklumlah, budak dah habis spm, semua nak enjoy dah. Time tu masing-masing sibuk duduk cari nak kerja di mana. Ramai juga member yang tanya, "Weyh, tak nak kerja ke?" "Entahlah, aku maybe pergi PLKN bulan 1 ni". Tunggu punya tunggu, tak dapat PLKN intake 1. Memang sedihlah juga kan? Tapi apakan daya, terpaksalah tunggu PLKN intake 2.

Time tu, saya duduk rumah, makan dan tidur. Sampai mak saya pun kadang-kadang marah. Sampai satu hari tu, anak kawan ayah saya dah nak resign tempat kerja dia. Anak kawan ayah saya tu tanyalah saya samada nak tak kerja situ memandangkan cuti sekolah dah nak habis. Dia pun nak masuk sekolah balik. Time tu, saya tengah demam, selesema. Dalam pada masa yang sama, saya malas nak kerja.

Tapi atas desakan mak saya, saya pun terimalah kerja di situ. Itu pun pada mulanya saya rasa saya tak dapat kerja situ. Tapi... Hmm, akhirnya dapat juga. Kemalasan dalam diri makin lama makin tinggi, haha. Start 1/1/13 saya kena bekerja. Tipulah sebelum saya kerja tu, tak ada perasaan takut dalam diri. Masuk je tempat kerja situ, masih lagi segan silu dengan staf situ. Padahal kebanyakkan staf situ lebih kurang sebaya dengan saya.

Lagipun, saya ni jenis yang pendiam dan tak banyak cakap sangat. Firts masuk kerja, saya start belajar buat roti. Best memang best, tapi penat. Biasalah tu, mula-mula kerja macam itulah. Kadang-kadang, ada juga abang tu marah sebab terlupa step setiap jenis roti. Saya pun apa lagi, ambil satu kertas lukis step by step setiap jenis roti. Sebelum nak pergi kerja, keluarkan kertas tu, hafal step by step. Haha.

Kadang-kadang, bila teringatkan balik peristiwa tu rasa macam kelakar. Dah lebih kurang 2 minggu tu, saya dah hafal step by step setiap jenis roti. Tapi bentuk roti tu tak berapa nak lawa sangatlah, haha. Sampai hujung bulan 1, saya pernah kata kat mak saya, "Mak, kak yong nak berhentilah. Penatlah kerja situ" "Alaa, kerjalah sampai bulan 3, lepas tu nak berhenti, berhentilah." "Kak yong kerja sampai bulan2 je je mak"

Time tu mak saya dah geleng kepala tengok saya. Mana taknya saya kata nak berhenti. Hampir satu bulan saya menangis disebabkan..... Hmm, entahlah. Tapi saya terpaksa tahanlah juga kerja di situ. Bila saya dah lama kerja di situ selama 3 bulan, saya dengan member saya bersepakat nak resign hujung bulan 4. Haha, pening manager kitaorang. Jenuh manager pujuk janganlah resign. 

Kitaorang hantar surat resign serentak pada hari yang sama. Time tu, saya rasa tak sedap hati bila dah hantar surat resign. Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba, saya kata kat manager, "Saya tak jadi nak resignlah. Saya nak kerja situ balik boleh?" "Boleh boleh, kalau nak kerja situ selamalamanya pun boleh". Haha, buat lawak buat manager saya tu.

Member kerja saya tetap juga nak resign hujung bulan 4. Katanya, "Sorry, aku dah tak tahan dah. Terpaksa resign ni". Hmm, kebanyakkan siapa yang kerja situ, mesti tak kekal lama. Setiap bulan, mesti ada je staf baru masuk. Disebabkan member saya dah resign, saya terpaksa ajar staf baru semua. Hmm, kadang-kadang sedih juga sebab member dah tak ada situ. Tapi nak buat macam manakan?

Tiba-tiba, satu hari saya dapat surat tawaran belajar. Saya call manager kata nak resign. Hmm, manager marah saya balik. Saya tetap nak resign juga. Akhirnya, manager saya bagi resign juga. Dia tak bagi resign sebab staf baru masuk dan semua tak tahu apa. Tapi apa saya boleh buat kan? Saya terpaksalah. And now, saya prepare barang untuk study. Dengan perasaan sedih, hmm :'(

*saya rindu gila time bekerja ni :'(

Kadang-kadang tu, saya suka mengila kat tempat kerja. Mana taknya, saya suka buat bising dengan staf baru. Nasib baik kepala mereka sekepala dengan saya, haha. Kat tempat kerja situ, saya yang paling kecoh. Paling banyak cakap, bising. Sebut je nama zati, semua staf kenal kat situ, haha. Kadang-kadang, saya suka bergurau senda dengan mereka. Dan kadang-kadang, saya suka mengusik mereka. Haha .


But now, saya harus fikirkan masa depan saya. Arah tuju saya. Dan bagi saya, kenangan sewaktu bekerja selepas SPM adalah kenangan manis dan pahit. Masa itu emas. Dan masa itu tidak boleh diputarkan kembali. Hargailah masa itu selagi ada :') Doakan saya agar saya berjaya pada masa hadapan. Amin :') Saya pergi sambung study dulu. Assalamualaikum :')




Khamis, 30 Mei 2013 @ 10:27 PG | 2 Sweet Comment(s)


Older Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!