//Forever Imperfect
Keliru
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 malaysia !

Actually baru balik dari kerja . Penat tak hilang lagi . Biasalah kerja mana ada yang senang . Satu je kerja yang senang iaitu , tidur . kan ? Haha . By the way , entri kali ni agak pelik . Eh ! ye ke pelik ? Hmm . 

Jujur saya cakap . Sebenarnya bila kita dah start bekerja , diri kita jadi lebih matang dan berdikari . Contoh ? Contohnya , dulu saya memang tak suka keluar rumah , bercampur dengan orang lain . Malu katanya . Tapi bila dah start bekerja ni , rasa malu dan segan bila bercakap dengan orang tu semakin lama semakin pupus , haha . Pupus macam mana tu ? Alaa , hilanglah sikit sifat pemalu dalam diri bila bercakap dengan orang lain .

Dan secara tidak langsung , kita kena bijak cara bergaul dengan rakan sebaya dan orang yang lebih tua daripada kita . Kalau kita bercakap dengan rakan sebaya , cara cakap kita mesti macam ni , "Weyh, kau nak pergi mana?" . Bagi mereka yang cakap macam tu , standard lah bila remaja rakan sebaya bercakap . Tapi , kalau dengan orang yang lebih tua daripada kita ? 

Mestilah menggunakan perkataan yang sesuai apabila hendak memanggil mereka seperti kakak atau abang . Ataupun mak cik dengan pak cik . Samalah macam situasi saya sekarang ni . Bila saya berdepan dengan customer , mesti guna perkataan yang sesuai . Ecececeh ! Mukadimah pula saya hari ni . Hihi , sorry . Terlebih excited , haha .

Minggu depan , saya tinggal seorang diri dengan staf baru . Hmm , mesti sunyi je . Ye lah , member di tempat saya bekerja tu semuanya nak resign . Mesti saya rindu mereka :'(

 
Lepas mereka dah resign nanti , tinggallah saya seorang diri . Nanti mesti saya rindu nak melalak nanyi dengan mereka time bekerja . Mesti rindu nak gaduh dengan mereka . Mesti rindu nak kacau atau usik mereka . Mesti rindu dengan mereka . Hmm :'( Lepas ni , saya bersama dengan staf baru je lah . Ajar mereka buat kerja itu ini . Susahlah kalau macam ni . 

Sebab saya bukannya tahu pasal cashier sangat pun . Even dah 4 bulan bekerja kat situ . Actually saya seorang baker je kat situ . Tetapi memandangkan mereka semua dah nak resign , saya terpaksa ambil tahu juga pasal cashier . Nak tak nak , kena juga tahu . Nanti kalau tak tahu , jenuhlah saya nak call mereka yang dah resign ni . Eh ! haha , gurau okay :-P

Start minggu depan , saya kena bersedia untuk semua . Bersedia untuk ambil tahu pasal baker mahupun cashier . Terpaksa buat . Staf baru pula semuanya berumur 20 tahun . Okay , saya lagi muda tau . So , bermaknanya saya jadi staf yang termuda kat situ . Ecececeh ! Bangga diri sekejap :P Dan pada masa yang sama juga , saya keliru . 

Baru-baru ni saya dapat surat tawaran ke form 6 . Kemasukkan form 6 pada 8 Mei 2013 . Sebelum saya dapat tawaran form 6 , saya juga ada mendapat tawaran lain seperti kolej pusrawi , unisel dan kist . Kebanyakkannya saya dapat diploma kejururawatan dan diploma farmasi . Saya terpaksa tangguhkan kemasukan bulan april ni sebab saya nak berfikir sebelum membuat keputusan .

And then , tiba-tiba saya dapat tawaran ke form 6 . Hmm , saya rasa buntu sangat . Nak masuk ke tak nak . Nak masuk ke tak nak . Member saya cakap , kalau ambil STPM , boleh dapat kerja kerajaan atar swasta kalau tak nak belajar dah . Sebab kalau tunggu tawaran universiti , harapan kita cuma 50/50 sahaja .

Sebenarnya , saya tak mengharap sangat pun dapat tawaran ke universiti awam . Sebab saya tahu tahap saya macam mana . Sebab tu saya tak mengharap sangat dapat universiti awam ni . Dan sekarang ni saya buntu nak pilih form 6 or kolej . Hmm , macam mana ni ? Boleh bagi pendapat tak ? Kepala saya buntu sangat ni . Please help me :'(



Sabtu, 27 April 2013 @ 1:30 PG | 5 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!