//Forever Imperfect
:: Sewaktu mengambil result SPM 2012 ::
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu malaysia ^^

Syukur alhamdulillah kerana masih lagi berkesempatan untuk menge-post entri ni ( macamlah menge-post selalu ) :D Lama dah tak update blog ni . Berhabuk , bersawang , berusang semualah . And now , saya nak bersihkan balik blog saya ni . Harap saya mampu melakukannya *apalah aku merepek ni* Haha :D Update post ni pun sebab terlalu rindu nak menaip *ecececeh , ayat dia :D*

Maaflah sebab lama dah tak post entry terbaru . Bukannya tak nak update , tapi masa kerja saya membuatkan  saya tidak meng-update blog ni . Penat , letih , tension *merungut pula* kadang-kadang , timbul rasa cemburu bila tengok batch 95 selalu update blog entry pasal perkembangan terbaru mereka . Huhu , sangat jealous . Tapi nak buat macam mana kan ? Kerja , adatlah :)

Teringin juga nak buat entry selepas kejadian itu berlaku . Tak kiralah sama ada sedih , gembira , kecewa . Sebab blog ni dah jadi tempat luahan hati pula , hehe . Kerja tetap kerja . Blog tetap tak ada masa nak update kalau busy kerja . Hmm . Tapi tak mengapa , setiap bulan je gaji mesti masuk . eh ! haha :D 

By the way , bukan nak story pasal tu je . Now , saya nak story pasal result SPM . Ada sesiapa batch 95 tak kat sini ? Berapa result korang dapat ? Mesti gempak kan ? Bukannya macam saya ni , teruknya result . Tapi , apa-apa pun result kena terima . Sebab itulah hasil usaha keras kita selama kita belajar sewaktu form 4 dan form 5 . Ececeh , bagi nasihat terbaik pula . Haha :D 

Result saya macam mana ? Ehem ehem , ini yang susah sikit ni . Haha . Setakat ini , alhamdulillah . Result saya berada di zon selamat . Nasib baik selamat . Kalau tak selamat , memang kena ulang balik ambil SPM . Haha . Apa-apa pun , jum kita lihat gambar yang penuh suka duka pelajar SPM 2012 ni :D


Sewaktu mengambil result SPM ...


Sebelum nak ambil result SPM kat sekolah , siap lagi pesan kat mak jangan call saya and hantar mesej kat online . Mak minta nombor angka giliran , memang saya langsung tak bagi . Dalam fikiran ketika itu , just fikir kalau mak ayah dapat tahu awal kalau dapat result teruk mesti kecewa kan ? eh ! faham tak ayat tadi tu ? haha , tonggang langgang ayat :D

*Amirul afimi , Rashdan dan khairin*

Sampai je di sekolah , mulalah perasaan takut , gemuruh , berdebar semua ada . Tapi perasaan tu sekejap je . Bila dapat jumpa kengkawan , wahhhh sangat gembira . Maklumlah dah 3 bulan tak jumpa mereka . Dan bila jumpa kengkawan sekelas , macam-macam gaya baru ada . Ada yang botak (baru balik dari PLKN) , ada yang still emo , dan macam-macam lagilah .

*Siti , Akila , Aini , Aimuni dan Afiqah*

Bila result SPM dah keluar , barulah mereka ni kelam kabut nak datang . Haha . Itu pun setelah call banyak kali . By the way , i will miss them . Hmm :')

*Aini , mira and Akila*

Bila result dah keluar , macam-macam rupa wajah mereka . haha . And yang paling penting sekali dapat bergambar dengan pelajar cemerlang . Huuuu , tahniah ! You're the best ! I will miss you :-*

*Cikgu Yasmeen , cikgu Saadiah , cikgu Wardah*

Seronok sangat dapat jumpa cikgu lepas 3 bulan tinggalkan sekolah . Rindu nak dengar cikgu marah . Rindu nak dengar cikgu membebel . Rindu nak dengar cikgu bergurau dengan kawan sekelas kitaorang . Rinduuuuuuu sangat ! Even cikgu semua garang , saya tetap sayangkan cikgu semua :')

Dan selamat tinggal sekolah . Selamat tinggal cikgu . Selamat tinggal kawan sekelas . Selamat tinggal kenangan . Selamat tinggal semua . Saya akan rindu korang semua . Lepas ni , pelajar SPM 2012 akan bawa haluan diri masing-masing . Kenangan sewaktu di alam persekolahan menengah tidak akan ku lupa sampai bila-bila :')


I LOVE YOU ALL :*



Isnin, 15 April 2013 @ 10:36 PG | 5 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!