//Forever Imperfect
Terlalu Merinduinya
Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Sudah 8 hari tak update blog ni . Busy ? Mustahillah kita ni terlampau busy walaupun SPM dah habis . Actually , bukannya busy tetapi idea / story yang nak kongsikan tu tak ada . Now , terasa nak buat satu entry untuk seseorang . Hmm , siapakah gerangan itu ? *terlampau formal pula* haha . Ni dia , orangnya bernama NUR AISHA BT AZHAR . 

*comel kan dia ni ? Hehe .

Siapalah yang tak rindu dekat kawan baik sekali . Tambah-tambah lagi bila digelarkan "BestFriendForever" . Kitaorang kawan sejak dari form 1 sampailah sekarang ni . Dulu kita satu sekolah dengan dia dari form 1 sehingga form 3 . Asyik berkepit je dengan dia . Tak pernah berenggang . Terlalu banyak sangat kenangan manis dan pahit bersama dengan dia . 

Tapi sayang , semasa kita berada di form 4 , kita terpaksa pindah ke sekolah lain . Ingat lagi time dia pujuk kita supaya jangan pindah . Tapi , apakan daya kan ? Terpaksa juga kita pindah . Lepas kita pindah sekolah , selalu contact dengan dia . Yes ! contact melalui Handphone . Tapi , tak lama sangat contact dengan dia . Hanya setahun je dapat contact dia melalui handphone .

Sebab ? SPM ! Ayahnya memegang handphonenya sehingga peperiksaan SPM sudah ditamatkan . Ketika itu , buntu idea kita macam mana nak contact dia memandangkan dia jarang online facebook . Finally , dia buat keputusan untuk menggunakan surat untuk berhubung . Haha , kelakar cadangan tu tapi terpaksa gunakan cadangan tu . Kebetulan pula , adik kita dan adik dia satu sekolah and satu kelas pula tu . Kesian mereka , terpaksa jadi orang tengah pula . Hehe .

Kitaorang pun saling balas surat antara satu sama lain . Terasa macam orang dahulu pula , haha . Kalau kitaorang busy , maybe dalam 2 hari selepas dapat surat tu baru balas . Maklumlah , busy SPM . Kebetulan pula , SPM dah nak hampir dalam beberapa minggu lagi . Sepanjang SPM dijalankan , kitaorang langsung tidak berhubung dan bertanya khabar . Kenapa ?

Cuti sekolahlah katakan . Tiada lagi orang tengah . Hmm . Selepas dah habis peperiksaan SPM ni , kita tak tahu macam mana nak contact dia . Dia dah guna ke handphone ? Macam-macam yang kita fikirkan . Last-last , kita try hantar mesej kat dia .

*Ezzati : Aishaaaaa !! T_T

Langsung tak balas . Tunggu punya tunggu , akhirnya balas juga dia ni . Berdebar-debar hati ni nak buka mesej dari dia . Rindunyaaa !

*Aisha : Sape ni??

Time tu , kita sedih sangat . Boleh lagi tanya "sape ni??" Mustahil dia tak simpan nombor kita . Rasa nak menangis je time tu , tapi terpaksa tahan air mata . Kita balas balik mesej tu .

*Ezzati : Ni aisha kan ?

Tunggu punya tunggu , langsung dia tak balas . Air mata nak jatuh dah ni . Then kita balas lagi ,

*Ezzati : weyh , ko tak kenal kita eh ? Ni ezzati yang sekolah kat bandar baru T_T

Sakit hati ? Entahlah , perasaan time tu bercampur baur . Geram , marah , sedih semuanya ada . Lepas 30 minit , dia balas mesej .

*Aisha : Sorrylah awak ni silap nombor

Ya Allah , bila masalah pula aku ni silap hantar mesej . Padahal kita pernah mesej dengan dia guna nombor tu . Mustahil ! Tak kan dia jual nombor dia kat orang lain pula . Macam-macam benda kita fikir . Time tu nak je menangis , tapi terpaksa tahan air mata ni daripada mengalir ke pipi . Diri kita pujuk kita supaya bersabar , bersabar , bersabar dan bersabar . 

Cuma , kita harap satu je . Harap dia ada penjelasan sendiri nanti :')


Jumaat, 14 Disember 2012 @ 11:41 PTG | 2 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!