//Forever Imperfect
Aku & Internet
Asslamualaikum :)


Tiba-tiba timbul rasa terbit di dalam hati ini . Rasa yang pernah aku alami dulu dan sekarang . Tapi , apakan daya "ZAMAN DAH BERUBAH , DUNIA DAH MAJU" . Timbul rasa "MENYESAL" dalam hati ini bila terpandang internet . Entahlah , rasa macam nak hantukkan kepala dekat dinding dan lemparkan laptop ini bagi berkecai . Tetapi , aku tidak sanggup buat begitu . Hal ini kerana , aku dah begitu taksub dengan internet dan tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku . 

Aku mula mengenal internet sejak ayahku beli laptop beserta broadband . ketika itu , aku berumur 15 tahun iaitu tingkatan 3 dan kebetulan waktu itu PMR sudah selesai dijalankan . Aku berasa seronok apabila dapat melayari internet buat pertama kalinya . Aku seronok membuka laman web tentang artis di Malaysia . Maklumlah , pertama kali tahu apa itu internet sebenarnya . 

Apabila kawan aku mengetahui aku ada internet di rumah , mereka menyuruh aku membuka akaun Facebook yang tengah popular dalam dunia ini . Aku terpinga-pinga dan blur apabila kawan bercerita tentang facebook . Aku biarkan tentang cerita facebook dan aku lebih suka melayari laman web artis-artis di Malaysia . Pada suatu hari itu , mak saudara menyuruh aku membuka akaun facebook . Then , aku tanya , "macam mana nak buat?" . satu persatu mak saudara aku mengajar membuka akaun facebook . lama-kelamaan , aku sudah menjadi taksub dengan facebook . sikit-sikit , facebook . malah , sudah menjadi rutin harian setiap hari membuka facebook . 

Bukan facebook sahaja membuatkan aku tergoda dengannya , malah Twitter juga memaksa aku menyertainya . Aku mengenali twitter semenjak ramai orang bercerita mengenai twitter . Aku lantas membuka google tentang twitter . sesudah aku mengetahui tentang twitter , aku membuat akaun baru untuk menyertai twitter . Aku leka bermain twitter sehingga mahir . Aku suka tweet dengan artis dengan kenalan baru yang lain walaupun ketika itu followers aku cuma ada 10 orang sahaja .

Tahun lepas , aku terjebak dalam dunia berblogging . Aku terjebak dalam dunia berblogging apabila ternampak kawan aku mempunyai laman web blog . Aku tertarik dengan laman blog kerana boleh edit bandgroud dengan cantik dan boleh update apa benda yang kita suka .  Tanpa mengetahui dengan lebih lanjut , aku terus membuat akaun blog . Aku seronok dapat berkongsi cerita dengan orang lain sampailah sekarang ini .

Semenjak aku ada akaun facebook , twitter dan blog , aku mulai leka dengan dunia internet . Rutin harian yang biasa aku buat selalunya balik sekolah buka internet . Waktu malam pula , buka lagi internet semata-mata nak buka facebook , twitter dan blog . Dan disebabkan itu , pelajaran aku selalu diketepikan . Aku ketepikan dan membiarkan buku itu disusun rapi dengan elok & kemas . Langsung aku tidak menoleh pada buku itu . Aku hanya pegang buku bila waktu di sekolah sahaja . 

Masa itu emas , dan masa itu juga berlalu begitu sahaja . Aku pun sudah memasuki tingkatan 5 dan aku mempunyai azam tersendiri iaitu buka internet hanya 2 jam sahaja . Tak lebih dari itu . Tapi , azam itu hanyalah melayang-layang di langit . Aku masih lagi leka dengan internet dan membiarkan buku itu menangis begitu sahaja . kini , aku mulai sedar dan ingin berubah . Aku tak nak keputusan Spm nanti teruk dan tak dapat tawaran mana-mana kolej mahupun universiti . Aku terpaksa melupakan sebentar tentang segala yang berkaitan dengan internet . 

Secara sedar atau tidak , hanya tinggal 28 hari ke SPM . Ya Allah ! Aku rasa menyesal dan menyesal sekarang :'/


Ahad, 7 Oktober 2012 @ 1:08 PG | 6 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!