//Forever Imperfect
:: Jamuan Perpisahan Tingkatan 5 (2012) ::
Assalamualaikum semua , salam sejahtera dan salam satu malaysia .

Anda semua sihat ? Alhamdulillah , saya sihat . eh ! haha . dah berapa minggu dah tak update post kat blog ni . nampak ni , dah berhabuk dan berusang dah blog ni . tapi , nak buat macam mana kan , tahun ni busy sikit berbanding dengan tahun-tahun yang lain . Al-maklumlah , tahun ni kita calon SPM . so , kena kurangkan ber-facebook , ber-twitter & dan ber-blogging . kadang-kadang , kita ni cakap tak serupa bikin . ye lah , cakap je nak kurangkan semua tu , tapi still lagi ber-facebook , ber-twitter semua . Now , kita dah seminggu lebih tak buka facebook . sebab ? result trial SPM baru-baru lebih teruk berbanding dengan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu . so , kita ambil keputusan kita akan hukum diri kita jangan buka facebook sehingga habis SPM . kita hanya boleh buka pada 11 october 2012 . eh ! boleh pulak ? mestilah boleh , sebab tarikh tu tarikh birthday kita . hari tu je kita buka facebook , nanti jangan lupa wish ye . ingat tau tarikh tu , haha .

eh ! dah merepek ke tempat lain pulak . sorry , sorry dear . kita nak story kat korang pasal jamuan hari tu , last-last tengok ni dah merepek . hadoihh , haha . okay , hari tu iaitu pada 15 september 2012 , pelajar tingkatan 5 tahun 2012 telah membuat jamuan perpisahan . story ni sebenarnya dah lama , tapi masa tidak mengizinkan kita story time tuh . okay , sambung balik cerita tadi . jamuan ni diadakan selepas habis trial SPM hari tu . pelik tak ? bagi kita , ia sesuatu yang pelik . ye lah , kebiasaannya jamuan perpisahan ni mesti diadakan lepas habis SPM sebenarnya . yang beri cadangan ni ? cikgu kitaorang lah . kitaorang tengah dalam mood trial SPM , takkanlah kitaorang nak bagi cadangan tu , kan ? kitaorang pun langsung tak membantah langung . yang kitaorang pikir apalah soalan yang keluar nanti dalam kertas itu ini . Tempat jamuan , hadiah , cenderamata , tempahan tempat duduk kat hotel semua cikgu yang sediakan . kitaorang just relax je , haha .

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu & dinantikan oleh semua pelajar tingkatan 5 ni . masing-masing bergaya sakan dengan gaya tersendiri . kawan-kawan kita semua bawa handbag kat bahu . dan macam biasalah , dalam handbag tu mesti ada alat solek / mekap . kita ? bukan tak suka bawa handbag , risau cuai letak kat mana-mana nanti . lepas tu , hilang . mak kita pandang kita lain macam , "kau ni tak pandai bergaya betul . mak tengok kawan kamu tu semua pandai bergaya bla bla bla bla ..." memang kita akui , kita tak pandai sangat bab mengayakan diri sendiri . tunggulah kita dah kerja nanti , confirm bergaya mengalah mak datin , haha . kalau pelajar lelaki pula , macam biasalah pakai baju kemeja yang smart-smart , pakai cermin mata untuk tambah kemacholan diri mereka & rambut ala-ala pajak gitu , haha .

enough ! panjang betul kita berceloteh hari ni . tak tahu kenapa peramah sangat hari ni , haha . okay , kita dah penat nak menaip dah . nak upload gambar pula masa jamuan perpiasahan hari tu . Jum cuci mata gambar di bawah ni :D

AT HERITAGE HOTEL , IPOH PERAK

mula-mula sampai , apalagi bergambarlah :D

eh ! shahrul pandai main gitar , eh ? cepat mainkan gitar , aku nak menyanyi ni :D

fuyoo ! geng botak , haha . terbaik , nasib rashdan dan cikgu tak botak :P

azrina ! pandang sinilah . nak pose macam gitu lettuw , haha . tengok 4 jejaka lelaki hero malaya , senyum sampai ke telinga , haha .

irfan minum air fresh orange sampai PEACE , haha . masam kot air tu :/

Terima Kasih Padamu Cikgu , Jasamu Akan Ku Kenang selalu , Tak pernah Lelah Tunjuk Ajarku , Terima kasihku Kepadamu Cikgu ~

hanya dalam kenangan bersama kengkawan :')

okay , dah puas cuci mata dengan gambar di atas tadi ? belum . OMG ! sebenarnya , gambar ada banyak lagi , tapi ini sahaja yang dapat korang tatapkan , haha . semoga anda 'like' entry kita kali ni . maaf kalau diantara anda yang merasakan entri ini terlalu amat membosankan . dan tak lupa jugak , kepada calon SPM 2012 , bersedialah untuk berperang dengan SPM . semoga anda berjaya dalam peperangan tersebut termasuklah saya :') jangan lupa , sentiasa berdoa dan berusaha selalu . dengan ini , saya sudahi dengan 'Assalamualaikum w.b.t' . eh ! formal pula , haha .


Ahad, 30 September 2012 @ 5:35 PTG | 4 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!