//Forever Imperfect
:: Majlis Khatam Al-Quran 2012 ::

MINTA MAAF KALAU SAYA MENCURI MASA ANDA UNTUK MENGHABISKAN MEMBACA ENTRI INI . SAYA HARGAI SESIAPA YANG SUDI MELUANGKAN MASA  UNTUK MEMBACA ENTRI NI . TERIMA KASIH :)

Assalamualaikum semua . jawab cepat bagi yang orang islam . tak jawab nanti dosa . ha ha , tak tahu :D salam sejahtera bagi orang yang bukan islam dan salam satu malaysia bagi rakyat satu malaysia . yeah ! ^^Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dapat bernafas pada hari ini . Alhamdulillah :) 

Eh ! apahal tetiba kita baik beno hari ni ? haha :D . Ye lah kan , kita pun bukan baik sangat dan kita ni pun bukannya jahat sangat . ekekekekeh :D hari ni , kita tetiba nak update pasal semalam . pasal apa ya ? kejap , nak ingat balik ( ceh ! muda-muda lagi dah lupa ) haha :D okay , dah ingat balik dah . semalam ( 16 / 8 / 2012 ) di sekolah kita ada MAJLIS KHATAM AL-QURAN  2012 . nak tahu apa yang berlaku ? teruskan membaca , okay ? ecececeh :D

okay , orang lain semua pergi sekolah pakai baju sekolah . kita ? pakai baju raya . sampai je sekolah , kita dengan excitednya bagitahu mereka , "weyh , kita dah raya . korang bila lagi ?" haha , jahat betul kita ni . then , kita ternampak budak lelaki sekolah kita pakai baju melayu dengan samping sekali . mula-mula kita tengok , mereka macam nak khawin :D

bukan apa , sekarang ni kita jarang nampak dah lelaki pakai baju melayu dengan samping sekali . kalau ada pun , segelintir je kan ? that's whylah kita kata depa macam nak pergi kawin je , ekekekeh :D lupa pulak nak bagitahu , yang pakai baju melayu dan baju kurung tuh , siapa yang masuk dalam TADARUS AL-QURAN sahaja . bukan semua , okay .

tunggu punya tunggu punya tunggu , jantung kita berdegup kencang . dup dap dup dap ! oh no ! kenapa ni ? mana taknya , kita kena baca surah nanti kat atas pentas . okay , perasaan nervous tuh dah ada dalam diri dah . adoihh :( tetiba , ustazah suruh beratur seperti yang telah ditetapkan . aku pun beratur macam biasa :)
*eh ! apa kena tuh ? haha :D cantik baju . boleh pinjam tak ? haha*

lepas dah masuk dewan tuh , kita naik atas pentas . bukan semua yang naik atas pentas . yang terpilih untuk khatam al-Quran sahaja . yang lain , duduk di bawah . just dengar surah yang akan dibaca sahaja . macam gambar bawah ni :)

bila kita dah duduk kat atas pentas tuh , masya-Allah . gemuruhnya tak tahu nak cakap . memang berdebar betul . tangan mengeletar , semua mengeletarlah . haha :D "weyh , kau tak takut ke ? laa , buat apa nak takut ? relax lah" . luar je kita cakap "relax lah" , tapi dalam hati , gemuruh jiwa semangat membara . eh ! apa ni , lagu Faizal Tahir dah keluar dah :D

seorang demi seorang baca surah masing-masing pegang mikrofon . lepas pelajar lelaki dah habis , kini pelajar perempuan pulak membaca surah mereka masing-masing . tibalah turn kita , waktu yang ditunggu-tunggukan . bila kita pegang mikrofon tu , tangan kita mengeletar . gemuruh gemuruh . aku pun mula membaca dengan , 'bismillahirahmanirrahim' seterus , seterus dan seterusnya . aku perasan , suara aku lain sedikit bila pakai mikrofon . rasa macam kelakar pun ada :D 

dan tibalah turn budak form 4 pula kat sebelah kita ni . dia pegang tangan kita , memang terasa tangan dia mengeletar . then , kita suruh dia relax . bila dia start baca tuh , ya Allah , sedapnya dia baca . macam bertaranum . lepas dah habis baca surah semua , semua tarik nafas lega . Alhamdulillah , perasaan gemuruh semakin hilang , hilang dan terus lenyap . 

lepas dah habis khatam al-Quran , ada sedikit sumbangan sedikit yang menyertai TADARUS AL-QURAN sepanjang bulan ramadan ini . dan majlis khatam al-Quran ni berakhir dengan bermaaf-maafan . minta maaf kat cikgu dan kawan serta ucapkan selamat hari raya . 

Alhamdulillah , akhirnya selepas juga majlis khatam al-Quran 2012 ini . dan kali terakhir aku menyambut majlis khatam al-Quran 2012 . ye lah , tahun ni kita last sekolah . okay , sedihnya . dan kita akan simpan kenangan majlis khatam al-Quran ni :')


Rabu, 15 Ogos 2012 @ 6:23 PTG | 0 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!