//Forever Imperfect
Luahan Hati
Assalamualaikum semua , salam sejahtera dan salam blogger semua .
 #moodtakberapanakelok

hai semua . hari ni kita nak share story sikit dengan korang . tak tahu nak luahkan kat sapa dah :/ luangkan masa korang 5 minit sahaja baca entri ni , okay ? kalau tak sudi nak baca , sila CLOSE di atas tu . 

5 April 2012 ( khamis )
pada pukul 7 . 50 malam , ada orang memanggil aku . ketika itu aku tengah sembahyang . lepas aku dah habis sembahyang , aku diberitahu oleh adikku yang ada orang nak berjumpa aku . aku pun terus pergi keluar . then , aku ternampak Nabila ada di situ . dalam fikiranku penuh dengan tanda tanya . kenapa dia nak berjumpa dengan aku ? "nah , echa bagi surat" . aku pun ambil surat tersebut dan terus ucapkan terima kasih kepada dia . belum sempat aku masuk ke dalam rumah , aku membuka kandungan surat tersebut . dalam itu , ada keychain yang berbentuk bintang yang sedang tersenyum :) aku masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam bilik . ketika itu , hatiku berdebar-debar . dengan penuh berhati-hatinya , aku membuka surut itu . ketika aku membaca surat tersebut , aku bagaikan tak percaya yang dia tulis begitu . aku tidak menyangka dia tulis begitu . tiba-tiba , hatiku menangis . perit sangat . lalu , aku mengambil sehelai kertas dan sebatang pen berwarna hitam untuk membalas surat tersebut dengan perasaan sedih . ketika aku sedang menulis , secara tidak langsungnya , air mataku jatuh mengalir daripada setitis demi setitis . tiba-tiba , emakku masuk ke dalam bilik aku . "apa echa tulis?" kata emakku . aku sekadar menggeleng kepala dan menyatakan tidak ada apa-apa . setelah aku selesai menulis surat itu , aku membungkus surat itu dengan elok disertakan dengan keychain strawberi . aku tahu dia sukakan buah strawberi . setelah aku simpan surat tersebut , aku terus pergi ke bilik mandi . aku mandi sambil aku menangis . selepas solat isyak , aku terus masuk ke dalam bilik tidur . ketika itu , aku langsung tidak mengulang kaji pelajaran . sebelum aku tidur , aku mengambil keychain yang dia bagi tidur bersama aku . malam itu , aku ternampak dia tidak senyum kepada aku . selalunya , ternampak senyuman manis dia tersenyum padaku . tetapi , entah mengapa dia tidak senyum seperti selalu . tiba-tiba , hatiku berasa sebak sangat . time tuh juga lah aku menangis . secara aku tak sedar , aku tertidur sambil menangis .

6 April 2012 ( jumaat )
pada keesokkan pagi , aku merasakan diri aku lemah . tetapi , aku tetap gagah bangun walaupun kakiku bergetar . aku terus masuk ke dalam bilik mandi . pada waktu itu juga , aku menangis tanpaku sedar . setelah aku bersiap berpakaian baju sekolah , dengan badan yang lemah , aku menuju ke ruang tamu sambil makan karipap . tiba-tiba , aku merasakan badanku panas sangat . namun , aku tetap nak pergi ke sekolah dalam keadaan badanku panas . tepat jam 7. 00 pagi , aku memakai kasut sekolah dan terus pergi ke sekolah . dalam perjalanan ke sekolah tersebut , aku merasakan kakiku tidak larat untuk berjalan kaki . tetapi , aku tidak peduli . aku memaksa kakiku untuk berjalan ke sekolah . ketika itu juga , aku merasakan aku bagai nak pitam ketika pergi ke sekolah . dengan keadaan begitu , aku berjalan perlahan pergi ke sekolah . selalunya , aku bersemangat pergi ke sekolah tetapi kali ni , aku berasa lemah sangat . setiba aku di sekolah , aku tidak kecoh seperti selalu . setelah aku letak beg sekolahku di dataran , aku terus pergi kebarisan form 1 . aku ingin mencari seseorang , akhirnya aku berjumpa juga dengan dia , Aida (adik echa) . lalu , aku mengeluarkan surat dan menyuruhnya berpesan kepada kakaknya yang , " nanti tolong bagitahu dia , yang kita rindu sangat sangat kat dia . dan tolong juga bagitahu suruh dia jaga diri dia baik-baik " . waktu itu , aku nak menangis tetapi aku menahan air mataku . setelah aku pergi dari situ , aku terus masuk ke barisan form 5 . aku mahu menangis seakan-akan setelah aku duduk . aku hanya menunduk bagi rakan sekelas tidak nampak aku menangis . setitis demi setitis air mataku mengalir . pada pagi itu , ramai yang bertanya kepadaku , " kenapa ?" . aku menjawab dengan nada yang lemah , " jangan risau ye , kita okay je " . selalunya , apabila di dalam kelas , aku yang kecoh dahulu . tetapi , aku tidak happy seperti selalunya . apabila aku duduk bersendirian dalam kelas , air mataku mengalir lagi sehingga aku tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas . tiba-tiba , sebelum rehat , aku bagai nak termuntah lalu meminta izin daripada cikgu . aku bergegas menuju ke tandas walaupun pada waktu itu badanku lemah . setiba di tandas , aku tidak terasa hendak muntah . tiba-tiba , aku menangis seorang diri di dalam tandas . lalu , aku mengambil keychain yang dia bagi . dia tersenyum tetapi , aku menangis . aku terus masuk ke dalam kelas dengan keadaan sedih . ramai yang menyuruh aku cerita apa yang berlaku pada diriku , tetapi aku lebih senang berdiam diri . aku nak luahkan perasaan kepada dia , tetapi sayangnya , dia tiada di sisiku lagi . dia dah pergi jauh dari diriku . aku mengeluarkan sebuah buku nota dan mencatat yang , " kenapa kau buat kita macam ni ? sampai hati kau nak putuskan persahabatan yang telah lama berkawan ini . kenapa kau tiba-tiba berubah ? ya , memang aku mengaku yang aku bersalah . aku tidak beri perhatian dekat kau . kau sering balas surat aku tetapi , aku tidak . kepada siapa aku hendak mengadu ini ? aku dah hilang tempat mengadu " . sepanjang hari itu , aku bermuram sahaja . aku tidak mampu senyum seperti selalu . 

# dengan sekelip mata , aku telah kehilangan kawan baik aku sendiri . aku sayang dia sangat-sangat . kenapa dia tiba-tiba berubah jadi macam itu ? aku tidak bermaksud dan tidak pernah terniat pun yang surat yang dia kirimkan itu MENGANGGU . dan sekarang ini , dia tak sudi berkawan denganku lagi . apa-apa pun , aku akan sentiasa ingat dia dan jasa dia . dialah kawan terbaik yang pernah aku jumpa :'( 


Selasa, 10 April 2012 @ 9:55 PTG | 7 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!