//Forever Imperfect
Malunya -_-
Assalamualaikum semua , salam sejahtera dan salam blogger semua . hari ni (18/2/2012) kat sekolah , ada Merentas Desa . merentas desa kat dalam taman je . tak ada yang masuk keluar hutan . badan rasa penat lagi . mana tak nya , balik je daripada merentas desa , terus on laptop . bukak blog . itulah kita :D terasa nak cerita serba sedikit pasal merentas desa kat sekolah tadi . okay , baca sampai habis tau , tapi kalau boring TEKAN CLOSE okay ? 
bangun pagi tadi , rasa bersemangat nak pergi sekolah . ye lah , merentas desa tuh . datang je sekolah , cikgu suruh ambil tugas jaga check point . time tuh , memang dah tak ada harapan dah nak lari merentas desa . tak apa lah , dah memang tugas BBSM (bulan sabit merah) . then , cikgu ubah fikiran pulak . cikgu suruh kita duduk kat sekolah je . kita pun jagalah kat sekolah . lepas semua dah lari tuh , duduk temenung je kita kat situ , hee ~ penat menunggu . then , ternampaklah seorang dua pelajar ni masuk dalam sekolah . pergh , laju gila dia lari . 
tengah tengok pelajar lari , tiba - tiba cikgu datang . cikgu kata "ni apa BBSM ni , duduk je . tolong budak ni , luka kat bahagian kaki" . mana taknya kitaorang duduk , belum ada lagi yang luka . kita pun tengoklah luka kat bahagian kaki budak tuh . besar lukanya . time tuh , kita dah tak tahu nak buat apa dah . kita ni , nama je BBSM , tapi tak tahu nak bantu orang . kita pun ambillah ubat luka , sapu kat tempat luka tuh . then , datanglah seorang budak india ni pulak , lagi besar lukanya . baru je kita nak bubuh ubat kat kaki dia , dia dah menjerit . padahal belum kena lagi pun . nak senang , suruh dia bubuh sendiri . then , kita suruh budak BBSM jaga dia . pergi kat dataran pulak , ada seorang budak perempuan ni lebam kat lutut dia . time tuh , kita tak tahu nak buat apa . maybe kena bubuh ais kot . kita pun bubuh lah ais . tiba-tiba , cikgu datang . "mana ada lebam , kena bubuh ais" . waktu tuh , panas muka ni . malu gila . ye lah , dah form 5 pun tak pandai bab-bab luka ni . 
masuk je dalam dewan besar , rasa bersalah dan malu . lepas ni , mesti ada yang kutuk-kutuk aku . "apalah kakak ni , itu pun tak tahu" , manalah nak letak muka ni . time kita form 1 hingga form 3 , kita tak pernah langsung datang kokurikulum . mana taknya , sekolah jauh dari rumah . 0 markah kokurikulum :( time kita form 4 , kita pindah ke SMK BUDAK BUDAK POPULAR (SMKBBP) . time tuh , baru kita belajar macam mana nak balut luka semua tuh . adalah jugak kita belajar sikit . "nama je BBSM , tapi tak reti tolong orang . baik tak payah jadi BBSM" . adoihh , malunya . malu nak berhadapan junior hari isnin -_-






Jumaat, 17 Februari 2012 @ 7:13 PTG | 2 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!