//Forever Imperfect
Macam-macam Terjadi Minggu Ni :'(

Assalamualaikum semua , salam sejahtera dan salam blogger semua . lama dah tak update blog ni , dah berhabuk blog ni :( bila dah lama tak update blog ni , macam-macam lah pulak yang terjadi minggu ni ( 30 januari - 3 februari 2012 ) . nak tahu ceritanya ? okay , baca sampai habis tau :)
okay , dalam minggu ni , ada seorang pelajar baru masuk ke dalam kelas kita . lelaki tau . mulalah ada mulut yang nak bergosip ni . perempuan mahupun lelaki . mereka cakap "budak baru tuh macam skema kan ? macam nampak budak pandai sikit" . hadoii , pelik betul diaorang ni . okaylah tuh skema daripada macam gangster . betul tak ? baik salah , jahat pun salah . apalah diaorang ni . mula-mula dia masuk dalam kelas tuh , seganlah dia kan ? kalau kita pun sama jugak , hee~ dalam 2 hari 3 hari macam tuh , dia ada tegur kita sikit . maknanya , dia tak lah sombong :) then , bila kita bersembang sikit dengan dia , adalah mulut-mulut gatal ni yang menyatakan "diam-diam jatuh cinta" . biasalah lelaki , jealous :D dia ni jenis suka berkawan dengan perempuan berbanding dengan lelaki . mula-mula terkejut jugak kan , lama-lama tuh dah biasa .
hari tuh , cikgu Yasmeen ada jumpa kita suruh ambil borang pendaftaran untuk BBSM punya . cikgu suruh pergi jap-jap kelas , nak suruh isi tempat kosong tentang maklumat mereka . time tuh , kita pening . takkan lah kita nak pergi sorang-sorang . adehh . then , baru teringat ada seorang kawan sekelas ni sama unit beruniform . yeah ! lelaki . nak ajak perempuan , depa kelas sains . kita pun pujuklah cikgu sebab nak cari budak BBSM ni . akhirnya , dapat jugak keluar . bila time keluar tuh , budak lelaki bersorak . dalam hati kita kan "apasal depa bersorak ni ?" hampeh depa ni . rupanya depa ingat kita ada hubungan dengan ........ . aishh , sampai hati depa ni , huhu . kitaorang pergilah ke kelas tingkatan 1 . macam-macam gelagat ada :D ada yang minta nombor telefon lah , ada minta alamat facebooklah :D tapi , kita anggap mereka gurau-gurau je . mula-mula pergi ke kelas nombor 2 , 1 BETA . senyap je kelas tuh . time pergi ke kelas 1 SIGMA , riuh-rendah . time kita form 1 dulu , tak ada macam ni . adoih :D ada yang bergaduhlah , macam-macam :D bila dah habis pergi kelas form 1 , badan dah letih , masuk kat dalam kelas . penat sangat hari tuh . sampai tak belajar math , hee :p
hari jumaat tuh ( 3 februari 2012 ) , yeah ! PJK time . minggu lepas tak pj . minggu ni baru merasa dapat pj , hee ~ time pj ni , kita main hoki :D macam tak percaya je , yang kita ni main hoki . firts time kita pegang kayu hoki , firts time kita main hoki . main hoki ni memang best , tambahan pulak , tak pernah main sebelum ni . pernah tengok orang main je . satu je kita tak suka bila main hoki ni , SAKIT KAKI . bukan apa , sambil main-main tuh , kayu hoki orang lain yang pukul kita , bukan pukul bola , adehh . banyak kali dah kena kaki . sakitnya jangan cakaplah . dan hari tuh jugak lah , kita terpaksa cakap menjerit sedikit di dalam kelas . mana taknya , bila kita cakap , budak lelaki cakap "tak dengarlah" . then , apa lagi kita pun terpaksa cakap menjerit sikit . perlahan sangat ke suara kita ni , sampai depa tak dengar ? maybe kot . lepas dah habis buat pembentangan tuh , sakit tekak . semua ni gara-gara pasal menjerit kat dalam kelas , huhu .




Ahad, 5 Februari 2012 @ 1:07 PG | 2 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!