//Forever Imperfect
SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN
~ siapa kata jadi perempuan tu senang ?
~ nak kena tutup sana , tutup sini ..
~ tengok budak lelaki , pakai baju pagoda pun dorang tak bising ..
~ perempuan , stoking pun kena pakai ..
~ cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari nanti ..
~ komfem tak tahan bertutup semua ..
~ tapi , perempuan cool je ..
~ tengah panas pun boleh lagi pakai jubah , hebatkan perempuan ?
~ siapa kata jadi perempuan tu senang ?
~ tiap-tipa bulan mesti ada penyakit ..
~ nak pergi kelas pun susah ..
~ kalau boleh masa nak pergi kelas tu , nak je maraung sebab sakit ..
~ cuba tengok budak lelaki , selamber je ..
~ kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit ..
~ tapi perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan , servive je ..
~ tengah-tengah sakit pun boleh lagi senyum sampai orang pun tak perasan dia sakit ..
~ hebatkan , perempuan ?
~ siapa kata jdi perempuan tu senang ?
~ hati ini Allah jadi lembut betul ..
~ cepat je sensitif ..
~ cuba tengok orang putus cinta ..
~ selalu perempuan yang paling susah nak lupa ..
~ lelaki lepas putus cinta cepat je pasang satu ..
~ cuba pergi wayang tengok cerita hindustan ?
~ siapa yang paling teruk menangis ?
~ perempuan kan ? lelaki boleh lagi gelak-gelak ..
~ lembut tak hati perempuan ?
~ tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki ..
~ hebat tak perempuan ?
~ disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah , ramai perempuan merajuk dengan Allah ..
~ diaorang cakap , Allah tak adil ..
~ kenapa Allah lebihkan lelaki ?
~ kenapa perempuan kena dengar cakap suami ?
~ kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?
~ padahal jadi perempuan tu sangat susah ..
~ bak kata orang , nak jaga anak lelaki , tak susah macam nak jaga seorang perempuan ..
~ dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni , ramai perempuan kat luar sana yang membebel ..
~ diaorang pakai pakaian yang tak menutup aurat dengan alasan , 'lelaki tak payah tutup pun'
~ diaorang berani bertepuk tampar dengan lelaki ..
~ diaorang sanggup gadaikan diri diaorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati ..
~ kecian kan kat diaorang ?
~ disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah , diorang sanggup rosakkkan diri diaorang ..
~ betul ke Allah tak adil dekat perempuan ?
~ betul , syurga perempuan terletak dibawah kaki suami ..
~ tapi cuba ingat balik , syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan ibunya ?
~ betul , isteri kena ikut cakap suami ..
~ tapi seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya ..
~ tak adil lagikah Allah pada perempuan ?
~ Allah bukan setakat adil , tapi Allah tu sangat sayang pada perempuan ..
~ untuk lelaki , syurga isterinya terletak di bawah kakinya ..
~ kalau paling banyak , dia ada 4 orang isteri ..
~ cuma ada 4 orang syurga yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ..
~ tapi perempuan ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki .. 
~ bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seseorang perempuan itu ..
~ Masya-Allah , hebatkan perempuan ?
~ kenapa perempuan hebat ? sebab kasih sayang Allah yang jadikan hebat ..
~ cuba kita dengar lagu-lagu yang berkumandang di radio ..
~ banyak lagu pasal perempuan kan ?
~ contohnya lagu SUMAIYYAH ..
~ jarang kita dengar lagu pasal lelaki ..
~ sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan , sampai perempuan dikasihi macam tu sekali di dunia ..
~ tengok pula , bila lelaki berjaya ..
~ orang akan cakap :
~ "disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya ..
~ hebat tak Allah jadikan perempuan tu ?
~ masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan ?
~ Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan ..
~ sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni ..
~ perempuan senang nak masuk syurga ..
~ tengok hadis ini :
"Apabila seseorang perempuan mendirikan sembahyang solat lima waktu , berpuasa sebulan (ramadhan) , menjaga kehormatan & taat kepada suami , dia akan disuruh memasuki melalui mana-mana pintu yang dia sukai" (Hadis Riwayat Ahmad)
~ tak adil lagikah Allah pada perempuan ?
~ oh perempuan , sedarlah ..
~ betapa Allah sayangnya dekat kita ..
~ betapa Allah cintanya dekat kita ..
~ tapi kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah ?
~ Allah jadikan perempuan sebagai hiasan dunia ..
~ bayang , dunia yang besar ni , dunia yang cantik ni , kita jadi hiasan ..
~ sebab seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah ..
~ kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan ?

<3 sekadar perkongsian bersama ..




Jumaat, 9 Disember 2011 @ 1:08 PG | 5 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!