//Forever Imperfect
Tips untuk mencari cinta untuk Adam & Hawa
Assalamualaikum dan selamat malam semua .. hope korang sihat-sihat je di sana , okay ? okay , malam ni kita nak bagi tips sikit tentang cinta untuk Adam & Hawa .. hehe .. dah tak ada kerja , tu yang nak bagi tips ni .. nak tau tak ..? kalau nak tau , baca entri ni sampai habis , okay ..?



Wahai Kaum Adam ..


Andai mahu mencari kaum hawa ..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata . Kerana hawa kali ni tidak lagi seperti dulu . Lihatlah pada telapak tangannya . Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik , fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya . Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita khawini .

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata . Lihatnya pada sebujur bibirnya . Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya , fikirlah semasaknya andai hati teringin menyuntingnya . Khuatir kelak dia membawa fitnah pada si suami . Menabur buruk si suami .

3. Jangan dilihat pada ayu wajahnya semata-mata . Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya . Andai tidak redup menunduk pandangan , fikirlah semasaknya andai ingin terus menyuntingnya . Khuatir bila sudah bersuami matanya masih meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami .



Untuk Hawa pula ..


Andai mahu menerima cinta Adam ..

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata . Lihatlah pada aktiviti malamnya . Andai liar hidupnya tika malam menjelma , fikirlah sebaiknya andai mahu menerima . Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba . Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah .

2. Jangan dilihat pada pakaian jenama semata-mata . Lihatlah pada bahagian kakinya . Andai mudah lututnya ditayang tatkala lincah dipadang bola , fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri .

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata . Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara . Andai dia mudah berhambur carutan atau sumpah seranah , fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya . Khuatir pabila bersama kelak , kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang amat menyeksakan .

Apa yang dilihat pada zahir tidak mengambarkan pada batin . Carilah pada yang benar-benar beriman dan taat pada Allah maka kita akan gembira kerana keredhaanNya ..



p/s : sebenarnya saje je nak share tips ni .. mana tau korang nak mencari cinta .. hehe .. tapi kita still tak boleh cari cinta sekarang ni .. ye lah .. still belajar lagi .. =)


*Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entri ni .. Kalau sudi jeguklah blog ni lagi =)



Selasa, 1 November 2011 @ 7:55 PG | 0 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!