//Forever Imperfect
Cinta Monyet , Mampu bertahankah ?
Assalamualaikum semua .. Hope korang semua sihat-sihat je .. macam mana dengan result final exam 2011 ni ? wahh .. mesti gempakkan result korang .. apa-apa pun tahniah ye bagi yang berjaya .. kita ? jangan tanya lah .. huhu .. sedih kot dapat result tu .. hermm .. okay , hari ni kita bukan nak cerita pasal result final exam , but mesti korang dah baca tajuk atas tu kan ...? Cinta monyet , mampu bertahankah ? hehe =D kalau korang nak tahu , baca entri ni sampai habis ye =)



CINTA MONYET atau PUPPY LOVE .


Kita sering kali mendengar perkataan ini diutarakan sama ada melalui kawan-kawan , orang di sekeliling mahupun diri sendiri . Tapi , apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik makna perkataan ini ?


CINTA MONYET ..


Istilah yang membawa maksud perasaan kasih dan sayang antara lelaki & perempuan yang wujud ketika di alam remaja . Dua patah perkataan ni membawa makna yang begitu mendalam sekali bagi mereka yang pernah merasainya .

Ya , setiap orang pasti mengalami cinta monyet .

Walaupun hanya bersifat sementara , tapi kadang-kadang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita yang akan datang . Sama ada membawa ke arah positif mahupun negatif , kita sendiri pun tak dapat nak pastikan kesahihannya . Bergantung kepada cara penerimaan kita .

Percaya atau tidak , kalau kita cakap , cinta monyet ini tidak boleh menjamin kebahagiaan ?


Kenyataan ini akan menjadi tidak benar ..
Sekiranya wujud pasangan cinta monyet yang bahagia ke jinjang ke pelamin . Tapi , sedikit sahaja yang sampai ke hujung hayat kerana yang selebihnya hanya bahagia dalam masa setahun atau dua . Dan selepas tu , berduyun-duyun meringankan kaki mereka melawat ke mahkamah syariah untuk bercerai .

Jadi, mana satu cinta monyet korang ?

Cuba korang bayangkan , betapa seronoknya kalau bercinta dari zaman sekolah then , melanjutkan pelajaran sama-sama kemudian kawin sama-sama , pendek kata semua nak bersama-samalah , pasangan sehati sejiwa lah katakan .

Tapi persoalannya , ada ke pasangan yang boleh bertahan lama dalam perhubungan mereka ni ?

Kalau ada tu , alhamdulillah lah . Tapi kebanyakkan yang kita perhatikan , ramai orang bercinta macam bertukar baju . Sekejap sekejap dengan orang ni , esok lusa pula dengan orang tu pula . Apa kesnya ni ?

Mungkin mereka-mereka yang berkelakuan sebegini selesa bertukar-tukar pasangan . Dan mungkin juga mereka rasa mereka patut menggunakan masa single mereka dengan sebaik mungkin . Nak enjoylah katakan .

Tapi cuba korang fikir ,
Kalau nak mengenali hati budi seseorang tak salah pun kalau korang cuma berkawan dahulu kan ?


*Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entri ni .. Kalau sudi jenguklah blog ni lagi =)



Rabu, 2 November 2011 @ 12:52 PG | 0 Sweet Comment(s)


Older Post | Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!