//Forever Imperfect
Tips menjadi seorang yang cool
Assalamualaikum wbt semua =)



Hidup anda dibayangi bayang-bayang resah ? Malu untuk bercakap bila berhadapan orang ramai ? Berasa rendah diri terhadap mereka yang lebih awesome ? Menghabiskan berjam-jam dan beribu-ribu ringgit ke kursus 'bina diri' , adakah anda boleh melakukannya ? Berjumpa kaunselor tapi masih tidak berpuas hati dengan perubahan diri anda ? Selalu bangun pagi untuk menonton motivasi pagi tapi .... Jawapan akhirnya tetap sama ?



Kini , semua terpulang kepada diri anda untuk percaya atau tidak teori Ezzati yang belajar tahap sekolah menengah ini ... Cara-cara untuk menjadi cool atau lebih cool ..



1. Jaga penampilan
Ini merupakan aspek yang sangat penting .. korang kena pastikan tak ada sisa makanan melekat kat gigi lepas makan , tak ada taik hidung terbang-terbang kat depan lubang hidung , badan tidak bau macam bangkai , mulut tidak berbau seperti belacan yang kau makan semalam , dan apa-apa yang sama waktu dengannya .. hehe .. sebab benda-benda seperti ini jauh dari coolness ..


2. Jaga diri sendiri
pasangan yang hot dan sangat cool bukan ?

Jangan sesekali anggap diri korang macam Brad pitt atau Angelina Jolie , sebab anda langsung tak sama macam mereka . Perlu diingatkan , untuk menjadi seorang yang cool , kau tak perlu ubah diri kau kepada seseorang lain , kau cuma perlu ada keyakinan untuk menjadi diri sendiri ... Cari kelebihan dan keunikan diri korang sendiri ..


3. Ketawakan diri sendiri
okey , Misalnya , anda baru sahaja jatuh longkang . First thing , anda tak payah menangis atau jadi defensive terhadap kawan-kawan mertertawakan anda dengan berkata :
      "Tak payahlah ketawakan aku ! kalau korang jatuh longkang nanti baru korang rasa !" .
bukankah nampak cool di situ =D

Sangat tidak cool.. Anda sebaliknya boleh enjoy dengan kejatuhan anda .. Anda tahu tak betapa kelakar , seronok dan mencabarnya bila jatuh longkang ? Untuk menjadi seorang yang cool , tak semestinya anda tidak perlu menjadi sempurna .. Ada masa , korang akan jatuh longkang , tertumpah air atas baju , tersungkur tengah jalan , jatuh basikal , semua itu normal .


4. Jangan berbalah
orang cool biasanya tak suka berbalah dalam sesebuah perbualan . orang tak cool pula selalu nak menangkan point dia . Baiklah . Let's say , kalau betul pun kan , apa yang korang dapat ? Adakah itu dapat memuaskan hati korang ? Baik korang layan , tengok dan diam je bila orang berbalah depan korang ..


5. Kawal emosi
orang cool pandai mengawal emosi .. Tak mudah melenting , menangis atau marah .. Dia juga tak update tentang perasaan emosional dia di facebook agar diketahui satu dunia ..


6. Pandai bersosial
enjoy with your bestfriends !

Bukan so-sial ye kawan-kawan .. Sebagai seorang yang cool , korang tak perlu masuk campur sangat hal orang lain .. korang akan lebih suka analyse dan enjoy dengar orang bercakap .. Korang juga menyenangkan orang-orang sekelilingi kerana korang tak mencari masalah ..



Dan perlu diingatkan , korang boleh jadi seorang yang friendly , tetapi bukan obsess dengan rakan-rakan korang .. kerana percayalah , ia sangat merimaskan dan menjengkelkan rakan-rakan korang nanti ..


7. Jadi nautral
Sebenarnya , seseorang itu tak akan cool jika dia cuba untuk menjadi cool .. Jadi , buat apa korang dok baca entri ni sampai habis ? Just cool and believe with yourself , okay ?
being nautral way =)



                      Jadi macam mana nak coolkan diri anda ( tepuk dada tanya kiri ) ? Pernah dengar tepuk dada tanya selera ? Yes , korang tahu macam mana , dan korang akan jadi suatu hari nanti ..



* Terima kasih daun keladi sebab sudi baca entri ini .. kalau sudi jenguklah blog ni lagi =)
   



Isnin, 31 Oktober 2011 @ 3:31 PG | 0 Sweet Comment(s)


| Newer Post
ATTENTION PLEASE !

1. say no to COPYCAT !
2. mind your languange !
3. behave yourself !

p/s : this is MY OWN BLOG. So , i can do whatever i like , okay ? heee :p


Ahlan Wa Sahlan .. Selamat Datang .. Follow blog saya ye .. Jangan lupa komen =) Syukran Jazilan =) Blog yang ala-ala kurang menarik ni milik penuh Nur Ezzati Ismail .. Dikendalikan dengan penuh dedikasi bukan dawai besi okay ? Thankz kerana anda sudi mendarat di sini .. Do enjoy ! wee~



Nur Ezzati Ismail




DiaryAboutLastdaysSite



put yours cbox code!